web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah Tenggelam Banjir, Wartawan Tetap Cekal Bertugas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 5:59PM

Siti Nur Ain berkata banjir yang berlaku kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini. - Gambar ihsan Siti Nur Ain Abdul Manaf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Demi melunaskan tanggungjawab yang digalas, wartawan Harakah, Siti Nur Ain Abdul Manaf tetap cekal bekerja melaporkan situasi banjir di Kelantan, meskipun beliau sendiri antara ribuan mangsa yang terjejas akibat bencana itu.

Siti Nur Ain, 27, berkata kediaman keluarganya di Kampung Repek, di sini dinaiki air setinggi dua meter sejak Ahad lalu, menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata banjir yang berlaku kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini apabila air meningkat naik dengan cepat dan deras.

“Saya sekeluarga tidak sempat menyelamatkan kesemua barangan, hanya mampu mengambil dokumen penting dan beberapa barangan keperluan sahaja,” katanya kepada Bernama.

Bertugas sebagai wartawan sejak empat tahun lepas, Siti Nur Ain berkata walaupun terkesan dengan situasi banjir, beliau menguatkan semangat demi meneruskan tugas.

“Jika sebelum ini saya hanya melaporkan situasi masyarakat setempat yang ditimpa musibah banjir, tetapi kali ini tidak menyangka pula saya turut terkesan.

“Bagaimanapun, syukur melihat kepada situasi hari ini air di kawasan sekitar sudah mulai surut walaupun masih tidak boleh dimasuki.

“Saya juga berharap keadaan kembali pulih dengan segera supaya masyarakat dapat meneruskan hidup seperti sedia kala,” katanya.

Setakat 2 petang tadi seramai 26,573 mangsa daripada 8,231 keluarga masih ditempatkan di 96 PPS di seluruh Kelantan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan