Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Uncle Kittu' Bukti Kasih Sayang Tiada Sempadan

Kisah Kita Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 10:25AM

Perbezaan warna kulit, bangsa dan agama bukan penghalang untuk 'Uncle' Kittu menumpahkan kasih sayang kepada semua pelajar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -  Perbezaan warna kulit dan agama tidak menjadi tembok penghalang kepada pengawal keselamatan K. Kittu, 50, atau lebih mesra disapa ‘Uncle Kittu’ menjalin hubungan akrab serta melayan kerenah ratusan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Putera di sini, yang rata-ratanya terdiri dalam kalangan bangsa Melayu.

Kittu berkata sejak enam tahun menyemai bakti di sekolah berkenaan banyak kenangan indah terukir hingga menyebabkan hatinya begitu berat meninggalkan semua murid yang dianggap seperti anak sendiri.

“Boleh kata ratusan murid di sini saya boleh ingat nama, perwatakan dan momen bersama mereka. Ada (murid) yang datang minta belanja aiskrim, keropok dan sebagainya. 

“Saya tidak rasa perkara itu membebankan, malah lebih mengeratkan hubungan bersama mereka yang saya anggap macam anak-anak saya sendiri,” katanya yang ditemui BERNAMA di sekolah berkenaan.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 13 saat menerusi media sosial memaparkan murid sekolah berkenaan bersalam dan memeluk sambil memberikan hadiah kepada Kittu dalam satu majlis perpisahan yang dianjurkan oleh sekolah terbabit.

Uncle Kittu sememangnya menjadi kesayangan ramai
Uncle Kittu sememangnya menjadi kesayangan ramai

Majlis yang menyentuh hati itu telah diatur pengurusan sekolah pada 30 November lepas sebagai penghargaan kepada Kittu yang akan berpindah ke tempat baharu.

Bapa kepada empat cahaya mata yang berasal dari Taiping itu berkata beliau sentiasa menyematkan dalam diri supaya melaksanakan tugas seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan atau pujian daripada mana-mana pihak.

“Kita perlu ikhlas dalam melayan kerenah murid. Apabila kita ikhlas akan ada sifat kasih sayang, hormat-menghomati dan sebagainya. Muka mesti ceria, hati juga perlu tenang. Baru kita boleh seronok bekerja,” katanya.

Ditanya tentang hubungan bersama guru dan ibu bapa murid, katanya ia berlangsung baik malah setiap daripada mereka menaruh kepercayaan yang tinggi kepadanya khususnya membabitkan aspek keselamatan sekolah.

“Cikgu-cikgu di sini tak pernah ganggu atau masuk campur tugas saya. Mereka berikan kepercayaan penuh kepada saya dan rakan-rakan untuk melancarkan aliran lalu lintas, memastikan murid datang ke sekolah dan pulang dengan selamat dan sebagainya.

“Di pihak ibu bapa pula, mereka tidak pernah merungut malah mematuhi peraturan-peraturan keselamatan sekolah yang telah ditetapkan,” katanya 

Sementara itu, Pengerusi Kelab Guru SK Bandar Baru Putera Mohd Bazli Ramli berkata Kittu sememangnya disayangi warga sekolah kerana sikapnya yang ringan tulang dan tidak sesekali merungut terhadap tugas yang diamanahkan.

“Pernah suatu ketika, dia datang sekolah untuk bantu kami menjayakan aktiviti perkhemahan sedangkan itu bukan tugasnya. Kalau ada majlis mahu dianjurkan pihak sekolah, dia antara individu yang sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan,” katanya menambah Kittu banyak memudahkan ibu bapa dalam melancarkan lalu lintas di hadapan sekolah.

Ramai yang bersedih apabila Uncle Kittu perlu berpindah ke tempat baharu
Ramai yang bersedih apabila Uncle Kittu perlu berpindah ke tempat baharu

Menurut Mohd Bazli sepanjang beliau berkhidmat di sekolah berkenaan, Kittu tidak pernah sesekali menunjukkan reaksi marah atau meninggikan suara apabila berhadapan dengan guru atau murid.

"Jadi tidak hairan apabila dia hendak bertukar ke tempat lain, ramai orang macam berat hati.

"Ramai murid memberikannya hadiah pada hari itu sebagai tanda perpisahan, menunjukkan betapa dia disayangi," katanya. - BERNAMA

Semua foto : BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Warkah Daripada Murid Dorong Uncle Kittu Kembali Ke SK Bandar Baru Putera

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Terima Kasih, Uncle Kittu Sentiasa Dalam Ingatan

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kecil Tapi Berjiwa Besar, Krishh Haran Penulis Muda Berhati Mulia

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

KP Kopies Lambang Kegigihan, 2 Beradik Jana 5 Angka Sebulan

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 14 jam yang lalu

Ipoh White Coffee, Antara Kopi Terbaik Dunia