web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warkah Daripada Murid Dorong Uncle Kittu Kembali Ke SK Bandar Baru Putera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 7:37PM

Pengawal keselamatan, K Kittu atau Uncle Kittu bersama murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera pada Disember lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Surat yang ditulis oleh murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Putera di sini menjadi antara pendorong kepada pengawal keselamatan K. Kittu, 50, atau lebih mesra disapa 'Uncle Kittu' untuk kembali bertugas di sekolah itu.

Kittu yang sepatutnya berpindah ke tempat baharu hujung tahun lalu berkata, beliau sangat gembira apabila melihat wajah murid di sekolah itu yang turut bergembira dengan kehadiran semula dirinya.

"Anak saya pun ada cakap, 'ayah pergi sahaja bekerja di sana (SK Bandar Baru Putera). Anak-anak murid pun ada tulis macam-macam seperti 'uncle janganlah pergi' dan 'uncle mari sini kerja'.

"Saya baca surat-surat itu pun mahu menangis, jadi saya pun buat keputusan untuk kembali bekerja di situ," kata bapa kepada empat cahaya mata yang berasal dari Taiping itu kepada BERNAMA, hari ini.

Pada 5 Disember lalu, Bernama melaporkan perbezaan warna kulit dan agama tidak menjadi tembok penghalang Kittu menjalin hubungan akrab serta melayan kerenah ratusan murid SK Bandar Baru Putera yang rata-ratanya terdiri dalam kalangan bangsa Melayu.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 13 saat menerusi media sosial memaparkan murid sekolah berkenaan bersalam dan memeluk sambil memberikan hadiah kepada Kittu dalam satu majlis perpisahan yang dianjurkan sekolah itu.

Pada masa sama, Kittu berkata, sekembalinya bertugas di sekolah tersebut pada 1 Januari lalu, murid-murid juga meminta beliau 'berjanji' supaya tidak berpindah ke tempat lain.

Kittu berkata, beliau juga amat terharu dengan undian yang dilakukan pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang memihak kepadanya supaya kembali bertugas.

"Mereka panggil saya untuk bekerja semula di sini. Ada orang yang cakap, keadaan agak kelam-kabut tanpa saya apabila anak-anak mereka nak melintas jalan sebab kalau saya ada, selalunya saya minta anak-anak murid tunggu di pondok sini dan kawal lalu lintas untuk mereka," katanya.

Sementara itu, Kittu berkata, beliau sepatutnya berpindah ke sebuah sekolah di Klebang di sini kerana sudah berpindah rumah ke kawasan Klebang Restu, tetapi ianya tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, penantian Kittu untuk mendapat lokasi baharu bertugas sebagai pengawal keselamatan akhirnya terjawab pada hujung tahun lalu apabila mendapat panggilan daripada SK Bandar Baru Putera untuk kembali bekerja di situ sehingga hujung tahun ini.

Menurutnya, guru-guru di sekolah tersebut juga menyarankan supaya Kittu diambil semula bertugas sebagai pengawal keselamatan kerana mempunyai rekod yang baik dalam menjalankan tanggungjawabnya itu.

"Cikgu-cikgu di sini pun sukakan (cara bekerja) saya. Saya berasa sangat gembira kerana dulu saya kerja bawa lori sahaja sebelum patah tangan dan tidak boleh buat kerja berat.

Apabila kerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini dan lihat anak murid juga menghormati saya, saya lebih suka bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya.

Selain itu, Kittu berkata beliau bercadang untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga umur 60 tahun. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KDN Tahan 10 Pengawal Keselamatan Warga Asing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pesakit Mental Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pengawal Keselamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad