web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Tahan 10 Pengawal Keselamatan Warga Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 8:06AM

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri, Nik Yusaimi Yussof. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan 10 warga asing kerana disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan tanpa permit kerja yang sah dalam operasi di tujuh lokasi sekitar Lembah Klang.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, operasi bersepadu itu dijalankan melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan bersama Jabatan Imigresen pada Rabu lalu.

Beliau berkata, pengawal keselamatan warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan adalah warga Pakistan, India, Sri Lanka dan Nepal, selain mengenal pasti empat syarikat kawalan keselamatan terlibat dalam pelanggaran itu.

"Proses siasatan sedang dijalankan untuk tindakan tegas serta syarikat kawalan keselamatan yang terlibat boleh dikenakan tindakan sehingga dibatalkan lesen.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat pas atau permit yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Nik Yusaimi berkata, hanya warga Malaysia yang sudah lulus tapisan keselamatan dan warga Nepal yang mempunyai permit kerja sebagai pengawal keselamatan sahaja dibenarkan bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini seperti termaktub dalam Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 2 Tahun 2006 Akta Agensi Persendirian 1971.

Beliau menggesa syarikat yang menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan supaya meningkatkan kualiti perkhidmatan kawalan keselamatan dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Oleh yang demikian, masyarakat yang ingin mendapatkan khidmat pengawal keselamatan daripada syarikat kawalan keselamatan perlu memastikan syarikat tersebut berdaftar dengan KDN," katanya.

Beliau meminta orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan pengawal keselamatan haram dengan menghubungi talian 03-80008000/88893145, e-mel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad