Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kecil Tapi Berjiwa Besar, Krishh Haran Penulis Muda Berhati Mulia

Krishh Haran menjadikan karyanya sebagai platform untuk dia membantu golongan memerlukan

Kisah Kita Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 11:15PM

Krishh Haran Nair bersama buku pertama dihasilkannya, The Mysterious War to the Deep

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sekali imbas, tiada apa yang luar biasa dapat dilihat pada Krishh Haran Nair, 10 tahun.

Sosok dan tingkahnya sama seperti kanak-kanak seusia, gemar bermain dan polos, tanpa dicemari secalit noda.

Kesempatan bertemu si cilik itu baru-baru ini mengubah tanggapan itu.

Aksinya yang bersahaja menjawab soalan Getaran menyedarkan bahawa si kecil ini dikurniakan dengan bakat luar biasa dan jika dipupuk dengan baik, mampu membawa dia meneroka dunia.

Siapa boleh menyangka anak tunggal kesayangan Ramakrishnan Nair, 44 dan Jayanthimarlin, 43, ini sebenarnya seorang penulis berbakat?

Ya, Krishh Haran ialah penulis muda yang sudah menghasilkan dua buku dan kini sedang dalam proses menyiapkan judul ketiga, iaitu sekuel kepada karya keduanya.

Krishh Haran Nair bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai tentera
Krishh Haran Nair bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai tentera

“Saya sebenarnya berterima kasih kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara, kerana ia adalah titik tolak kepada kehidupan saya sebagai seorang penulis.

“Semuanya bermula apabila guru kami mengarahkan semua pelajar menyiapkan sebuah cerpen sebagai tugasan, dan selepas itu saya terfikir, mengapa tidak karya itu dibukukan,” katanya, membuka bicara pada pertemuan kami di ibu kota beberapa hari lalu.

Enggan membiarkan perjalanan penuh bermakna itu terhad kepada hanya menghasilkan buku sendiri, anak comel tersebut membuat keputusan luar jangkaan apabila mendermakan hasil jualan kepada Yayasan Sinar Ilmu Jaya (YSIJ).

“Saya beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang berupaya memberikan satu kehidupan yang cukup selesa. Tapi bagaimana dengan rakan-rakan lain di luar sana yang tidak berpeluang menikmati ini semua?

“Selepas berbincang dengan kedua ibu bapa, mereka menyokong hasrat saya untuk mendermakan hasil jualan semua buku itu kepada YSIJ. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini mampu memberikan mereka sedikit kegembiraan,” katanya.

Krishh Haran bersama kedua ibu bapa, Ramakrishnan Nair (kiri) dan Jayanthimarlin (kanan)
Krishh Haran bersama kedua ibu bapa, Ramakrishnan Nair (kiri) dan Jayanthimarlin (kanan)

Menerusi jualan buku pertama bertajuk The Mysterious War to the Deep, Krishh Haran berjaya mengutip RM7,000 manakala untuk buku kedua yang dihasilkan dalam format digital, Pillar And The Golden Sword, dia meraih RM21,000 yang disumbangkan dalam bentuk 500 kotak barangan keperluan harian kepada YSIJ.

Pencapaian tersebut melayakkan pelajar Sunway International Iskandar Johor itu menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kanak-kanak pertama yang mencatatkan jualan amal tertinggi.

Hasil jualan bukunya melayakkan Krishh Haran menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records
Hasil jualan bukunya melayakkan Krishh Haran menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records

Menjadikan kedua ibu bapa sebagai pendorong kepada semua projek amal berkenaan, pemilik seraut wajah manis ini berkata, dua insan terbabit adalah tulang belakang kepada semua kejayaan dicapai selama ini.

“Tanpa mereka berdua, saya tidak akan mampu melakukan ini semua. Semua kejayaan ini akan menjadi sesuatu yang amat mustahil jika tidak kerana dorongan ibu bapa saya,” katanya.

Sementara itu, Ramakrishnan dan Jayathimarlin Ketika ditemui mengakui, Krishh sememangnya dididik agar mencintai ilmu sedari kecil.

Krishh Haran dididik agar mencintai ilmu sejak awal usia
Krishh Haran dididik agar mencintai ilmu sejak awal usia

Jelas Ramakrishnan, beliau dan isteri sepakat untuk mendidik anak mereka dengan nilai empati yang tinggi, agar berupaya menyelami kesusahan dan penderitaan golongan memerlukan.

“Keselesaan yang kami berikan kepadanya sejak kecil bukan alasan untuk dia membesar menjadi individu yang mementingkan diri.

“Kami mahu Krishh sedar bahawa tidak semua insan dilahirkan dalam serba kemewahan. Masih ramai antara mereka perlu berhempas pulas membanting tulang untuk mencari rezeki, kerana itu kami amat menyokong hasratnya mahu mendermakan hasil jualan semua buku dihasilkan itu kepada YSIJ,” katanya. – Getaran, 19 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

'Uncle Kittu' Bukti Kasih Sayang Tiada Sempadan

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

KP Kopies Lambang Kegigihan, 2 Beradik Jana 5 Angka Sebulan

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mengalah Bukan Pilihan, Terus Bangkit Demi Keluarga

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Jimmy Lee, Ada Cahaya Di Hujung Terowong

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 6 jam yang lalu

Adam Syed Lakar Nama Malaysia Di Tesla Inc, Terus Terbang Tinggi Bersama Twitch

oleh Sophia Ahmad

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong