Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KP Kopies Lambang Kegigihan, 2 Beradik Jana 5 Angka Sebulan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 12:00PM

Operasi KP Kopies dimulakan di Kuala Lumpur pada penghujung 2016.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bergelar ahli perniagaan berjaya zahirnya tampak gah pada pandangan masyarakat, namun tiada siapa tahu jerih-perih yang terpaksa ditempuh.

Mengusahakan sebarang cabang perniagaan ketika ini bukan lagi dilihat sebagai kerjaya kerana ia juga boleh berpaksikan kepada minat yang mendalam.

Berbekalkan kecintaan terhadap kopi dan minuman berasaskan tumbuhan itu, Zainul Ariffin Suradi, 33, tekad melangkah setapak lagi apabila mengambil keputusan menceburi perniagaan trak makanan (food truck), khusus menjual pelbagai jenis bancuhan kopi.

Menurut pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing itu, kualiti biji kopi masih asing daripada pengetahuan orang ramai, sewaktu dia mula menceburi perniagaan tersebut pada 2016.

Food truck KP Kopies ya g terletak di Cheras
Food truck KP Kopies ya g terletak di Cheras

“Saya mula terfikir mahu membuka kedai kopi sendiri selepas bertahun-tahun menghabiskan masa melepak di kafe terkemuka yang menyajikan kopi berharga belasan ringgit hanya untuk secawan.

“Ketika itu penerimaan orang ramai terhadap kopi masih belum terbuka, sangat berbeza dengan keadaan sekarang. Jadi selepas tamat belajar dan menghabiskan masa enam bulan untuk mencari peluang pekerjaan di negeri kelahiran saya iaitu Johor, saya nekad memberanikan diri membuka sebuah food truck, khusus menjual pelbagai jenis minuman berasaskan kopi,” katanya kepada Getaran, di sini baru-baru ini.

Anak jati Felda Semenchu, Kota Tinggi itu berkata, sedikit sebanyak minatnya dalam perniagaan didorong oleh pembabitan bapanya sebagai seorang peniaga kedai runcit, satu ketika dahulu.

“Berbekalkan tunjuk ajar ayah, saya dan kakak memulakan operasi KP Kopies di Kuala Lumpur pada penghujung 2016. Saya masih ingat ketika itu, ramai pelanggan mempersoalkan harga secawan kopi yang dijual.

“Ya lah, ketika itu pengetahuan mengenai minuman seperti espresso, latte, long black masih belum meluas. Ketika itu harga yang kami tawarkan bermula dari serendah RM5 hingga RM7 segelas, jauh lebih murah berbanding jenama terkemuka lain.

“Saya selalu terangkan kepada pelanggan kualiti biji kopi yang kami gunakan adalah premium, jadi lama-kelamaan pelanggan sudah mula boleh terima. Bagi pelanggan yang baru berjinak minum kopi, jika anda memesan espresso, jangan terkejut kalau dapat hanya secawan kecil. Bukan kena tipu, tetapi memang espresso begitu,” jelasnya.

Zainul Ariffin melayan pelanggannya yang datang untuk membeli kopi.
Zainul Ariffin melayan pelanggannya yang datang untuk membeli kopi.

Menurut Zainul, dia amat teruja melihat penerimaan orang ramai terhadap kopi semakin meluas, malah kafe berasaskan minuman itu tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Anak muda peramah itu juga mengakui, dia tidak gentar dengan pesaing lain, sebaliknya berasa bangga apabila rakyat negara ini sudah boleh menerima dan menyelami kualiti kopi yang terdapat di pasaran.

“Saya rasa seronok melihat orang Malaysia ramai yang menghargai setiap cawan kopi yang dijual. Jika dulu ramai pelanggan berkira-kira untuk mengeluarkan duit bagi segelas kopi, tetapi kini tidak lagi.

“Pada 2017, saya ke Thailand melihat bagaimana orang di sana sangat menghargai kopi sehingga di kawasan pendalaman pun masih ada orang yang buka kafe menjual kopi. Sekarang, di Malaysia pun kita lihat perkembangan yang sama.

“Pergi sahaja kawasan bandar, luar bandar, kampung, mesti akan ada kedai kopi yang menyediakan kopi ala hipster,” katanya, gembira.

Antara produk yang ditawarkan oleh KP Kopies dan SeTeguk.
Antara produk yang ditawarkan oleh KP Kopies dan SeTeguk.

Bercerita tentang kopi, Zainul memberitahu, semua minuman berasaskan tumbuhan itu dibezakan mengikut kaedah seduhan dan cara pembuatan, serta campuran digunakan.

“Kalau dahulu secawan kopi ‘O’ hanya RM0.50, tapi kini ada jenis yang boleh mencecah sehingga lebih RM50, seperti Kopi Luwak (kopi tahi musang), antara kopi paling premium di pasaran.

“Secara asas, biji kopi diproses melalui beberapa kaedah, sehingga menghasilkan serbuk, cecair atau dalam bentuk lain yang sesuai dijadikan minuman atau penambah perisa ke dalam makanan,” katanya.

Ditanya mengenai pahit manis yang ditempuh sepanjang mengusahakan KP Kopies, Zainul mengakui, dia tidak terlepas daripada merasa tempias ujian saat pandemik COVID-19 mula mengancam negara.

Katanya, KP Kopies yang pada asalnya beroperasi menggunakan dua food truck, terpaksa mengurangkan jumlah itu kepada hanya satu, selepas dilanda krisis kewangan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa kami mengurangkan pekerja dan akibatnya, jumlah pendapatan dihasilkan turut berkurangan.

“Selepas menimbang baik dan buruk, kami mengambil keputusan menjual dua food truck demi kelangsungan perniagaan ini,” katanya, sugul.

Enggan mengalah begitu sahaja, Zainul dan kakaknya memberanikan pula diri meluaskan cabang perniagaan, dengan menggunakan kontena yang sudah diubah suai.

Cawangan SeTeguk yang baru diusahakan bagi memberi pilihan minuman kepada pelanggannya, yang terletak di Tapak Kuala Lumpur serta Cyberjaya.
Cawangan SeTeguk yang baru diusahakan bagi memberi pilihan minuman kepada pelanggannya, yang terletak di Tapak Kuala Lumpur serta Cyberjaya.

Mempertaruhkan jenama SeTeguk, mereka menjual aneka jenis minuman, termasuk soda dan jus buah-buahan.

“Jadi kini kami telah menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Di KP Kopies kami hanya menjual kopi, tapi di SeTeguk, ada pelbagai jenis minuman lain.

“Pada saya, dengan mempelbagaikan lagi menu air minuman, pelanggan boleh membuat pilihan. Ada juga pelanggan yang tidak minum kopi, jadi mereka boleh pilih air buah-buahan atau soda.

Mengulas lanjut beliau berkata, SeTeguk kini memiliki dua cawangan iaitu Tapak, Kuala Lumpur dan Cyberjaya.

Zainul turut menasihati orang ramai yang berminat untuk bergelar usahawan agar menjadikan sikap tidak mudah berputus asa sebagai kunci utama.

“Berniaga sendiri sebenarnya memang lebih penat, tetapi jika minat dan rajin berusaha, hasil yang diperolehi pasti memuaskan.

“Walaupun saya cuma penjual minuman, pendapatan yang diperolehi mampu mencecah lima angka sebulan.

“Jadi bagi generasi baru yang mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, teruskan melangkah dan jangan toleh ke belakang. Jika ada usaha, pasti akan berjaya,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 minggu yang lalu

K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

2

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

'Uncle Kittu' Bukti Kasih Sayang Tiada Sempadan

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kecil Tapi Berjiwa Besar, Krishh Haran Penulis Muda Berhati Mulia

4

Semasa 9 bulan yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 22 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian