Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pemilik Kebun Tak Menang Tangan Layan Peminat Raja Kunyit

Peminat durian yang datang bukan sahaja dari sekitar Kelantan, tetapi ada daripada Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, Terengganu malah sejauh Sarawak, demi Raja Kunyit atau nama komersialnya Musang King.

Kisah Kita Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2023 8:00AM

Mohd Nur Hafiz Nazir, 36, (kiri) bersama keluarga menikmati buah durian Raja Kunyit D197 ketika ditemui Bernama di kebun milik Mohd Anuar Yusoff di Kampung Lawang di Tanah Merah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Sejak 20 Mei lepas, Mohd Anuar Yusoff, 53, tidak menang tangan melayan kehadiran ramai peminat Raja Kunyit D197 yang ingin menikmati keistimewaan rasa durian itu di kebun miliknya di Kampung Lawang, Batu Gajah, di sini.

Peminat durian yang datang bukan sahaja dari sekitar Kelantan, tetapi ada daripada Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, Terengganu malah sejauh Sarawak, demi Raja Kunyit atau nama komersialnya Musang King.

Bercakap kepada Bernama, Mohd Anuar berkata biarpun Raja Kunyit atau Musang King merupakan klon yang sama, tetapi buah yang ditanam di Tanah Merah mempunyai rasa yang berbeza berbanding yang ditanam di lokasi lain.

"Raja Kunyit merupakan klon asal Musang King namun begitu buah yang ditanam di Tanah Merah ada perbezaan dari segi rasa dan tekstur. Tekstur Raja Kunyit di sini lebih berkrim selain memiliki rasa lemak, manis dan pahit yang seimbang.

"Raja Kunyit juga memiliki isi yang pejal dan tidak begitu lembik. Seorang peminat Raja Kunyit boleh habiskan sebiji buah tersebut sendiri berbanding Musang King, makan dua tiga ulas dah rasa muak," katanya ketika ditemui di kebunnya, di sini.

Bercerita lanjut, Mohd Anuar berkata beliau dan isteri mewarisi kebun seluas hampir 0.8 hektar itu daripada arwah bapanya.

“Arwah ayah mula tanam pokok durian bermula tahun 1985. Kebun ini kini memiliki kira-kira 40 pokok Raja Kunyit,” katanya.

Mohd Anuar berkata dia menggunakan medium media sosial seperti Facebook untuk mempromosi durian Raja Kunyit di kebun tersebut.

“Tahun ini saya jual Raja Kunyit RM45 sekilogram. Mereka yang datang ke kebun ini bukan sahaja dapat makan buah yang segar, malah dapat merasai pengalaman mengutip sendiri durian yang luruh di sekitar kebun ini," kata guru di sebuah sekolah menengah itu. 

Seorang peminat durian Mohd Nur Hafiz Nazir, 36, berkata dia sekeluarga datang dari Kampung Meranti, Pasir Mas untuk menikmati durian di kebun berkenaan.

“Ini pengalaman pertama saya makan di kebun durian. Biasanya saya sekeluarga akan ke Raub, Pahang untuk membeli durian Musang King.

“Rasa Raja Kunyit di sini lebih sedap, lebih pejal, kering, tidak begitu manis dan tidak muak apabila makan menyebabkan rasa nak makan lagi,” katanya.

Durian Raja Kunyit mula ditanam di Pulau Raya, Tanah Merah sebelum dinamakan sebagai Musang King dan ditanam di pelbagai lokasi lain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 minggu yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

2

TARA 6 bulan yang lalu

Anda Penggemar Durian? Ini Gerai Wajib Kunjung Di Sekitar Selangor!

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pusat Agro Sains Durian Relau Perlu DItubuhkan - Ahmad Zahid

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Komuniti Perniagaan Malaysia Perlu Bersedia Teroka Pasaran Baharu Di China

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera