Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dari Gelandangan Chow Kit Ke Usahawan Pekasam

Permulaan modal RM2,000 dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) awalnya digunakan untuk membeli barangan katering dan perniagaannya mula berkembang sehingga dikenali hingga ke hari ini.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 4:14PM

Gambar: Abdullah Mohd Yusof, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kesengsaraan hidup di Lorong Chow Kit, Kuala Lumpur hampir 10 tahun lepas membuka mata seorang wanita untuk tidak berpaling kebelakang dan terus maju kehadapan demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman, 37, duhulunya bekas gelandangan yang hanya mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan, kini merupakan ikon Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah membawa perniagaan ikan pekasam, malah sehingga ke pasaran luar negara.

“Ketika itu, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur kononnya bagi mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan kepada keluarga di Kamunting.

“Namun nasib tidak menyebelahi, setahun saya merempat di tepi longkang, pernah juga dalam keadaan sarat hamil bersama bekas suami, berbekalkan harapan dan simpati untuk mendapatkan makanan dan minuman harian kami.

“Saya ambil upah bekerja di kedai makan, dan kehidupan kami ketika itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sehinggakan perlu menghantar anak di sebuah yayasan sementara saya bekerja,” katanya ketika ditemui Bernama di kilang pemprosesan pekasamnya, yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah dari Tol Jelapang.

Menurutnya beliau kembali ke kampung halamannya di Kamunting bermodalkan duit mengambil upah mencuci pinggan, selain ditawarkan bekerja di sebuah hospital swasta di bahagaian akaun, namun beliau mengambil keputusan untuk berniaga di tepi jalan menjual laksa, bihun sup dan minuman.

“Dalam masa yang sama juga, seminggu sekali saya akan ke Plaza Chow Kit, Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk mendapatkan stok barangan seperti beg, alat solek dan macam-macam lagi untuk dijual di Taiping.

“Apabila kerap ulang alik menaiki bas bawa barang niaga, saya dipertemukan dengan seorang Sahabat AIM yang merupakan penjaga tandas berbayar di Stesen Bas Kamunting. Saya kemudian menyertai program ini dan ia mengubah hidup saya sepenuhnya,” katanya yang dikenali dengan panggilan mesra ‘Kak Sha’.

AIM ditubuh bagi menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambah pendapatan keluarga, dan ini dimanfaatkan Sharifah Nurul Shahida untuk memulakan perniagaannya.

Menurutnya, permulaan modal RM2,000 dari AIM digunakan untuk membeli barangan katering, dan perniagaannya mula berkembang sehingga dikenali hingga ke hari ini, malah perniagaan pekasamnya pernah mencecah jualan sehingga dua tan sebulan, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu. 

Beliau berkata modus operandi kejayaan perniagaannya adalah dengan memanfaatkan penjualan produknya di media sosial seperti Facebook Page dan Tiktok sehingga mampu memiliki agen dan stokis di seluruh negeri.

“Saya tidak risau sekarang kerana saya mempunyai agen dan stokis yang sangat berdedikasi membantu mengubah hidup masing-masing hampir di seluruh negeri, tidak lupa juga stokis saya yang berada di luar negara - di Australia dan Singapura.

“Tanpa pekerja saya di kilang ini juga, saya tidak mampu menyelesaikannya seorang diri. Berbekalkan kira-kira lapan orang pekerja di sini yang berumur lingkungan 17 hingga 45 tahun, saya dapat membahagikan masa untuk perniagaan saya yang lain iaitu restoran dan katering,” katanya.

Menurutnya bagi mengisi ilmu di dada, beliau telah menuntut teknik pembuatan pekasam di serata tempat sehingga ke Lenggong dan Gerik kira-kira dua jam dari lokasi kilangnya dan kini berjaya menghasilkan pelbagai jenis pekasam selain ikan, seperti pekasam telur sotong, pekasam daging dan pekasam perut lembu, sehingga menjadi bualan orang ramai kerana keunikannya. - Bernama

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sumbangan Ramadan Di KL Hanya Boleh Disalur Di 3 Lokasi - Dr Zaliha

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bantuan Kepada Golongan Miskin Tegar Perlu Diselaras - Mohd Na'im

3

TARA 7 bulan yang lalu

Ikan Pekasam Yang Tidak Dibuang Isi Perut Haram Dimakan, Tapi Baca Dulu Huraian Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Syarikat Korporat, Individu Disaran Selaraskan Bantuan Ramadan, Aidilfitri

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 14 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian