web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbangan Ramadan Di KL Hanya Boleh Disalur Di 3 Lokasi - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 12:30PM

Dr Zaliha (dua, kanan) pada Operasi Bersepadu Menyelamatkab Gelandangan pagi tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata lokasi tersebut ialah Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.

"Ketiga-tiga lokasi khas ini diwujudkan sebagai inisiatif kawalan kepada kualiti makanan dan dalam masa sama menjaga kebersihan di sekitar Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Bersepadu Menyelamatkan Gelandangan di sekitar ibu negara, awal pagi ini.

Dr Zaliha berkata sehingga kini, terdapat 10 NGO yang menjadi rakan kolaborasi DBKL bagi pengagihan makanan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit manakala 16 lagi NGO merupakan rakan kolaborasi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Anjung Kembara.

"Kita tidak boleh melarang NGO yang ingin beri bantuan, cuma kita minta kerjasama daripada mereka dan sekiranya ingin menyumbang, boleh berurusan dengan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL," katanya.

Mengenai operasi bersepadu yang bermula pada 1 pagi tadi, Dr Zaliha berkata setakat 2.30 pagi seramai 150 gelandangan dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku di sini untuk proses mendapatkan data demografi selain mengenal pasti punca dan penyelesaian terbaik bagi usaha membantu mereka.

"Dijangka angka itu akan meningkat pada akhir operasi (7 pagi), ini kerana menerusi cerapan pada 14 Februari lepas, kita mendapati seramai 414 gelandangan berada di lima lokasi hotspot gelandangan di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata data yang diambil dalam operasi itu juga akan membantu pihak kementerian dan agensi terlibat untuk menyemak semula keperluan dasar atau peraturan sedia ada sekiranya terdapat keperluan.

Operasi bersepadu melibatkan kekuatan sebanyak 203 pegawai dan anggota itu turut dibantu beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, DBKL, YKN, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lelaki Budiman Sanggup Beri Baju Dipakai Kepada Gelandangan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad