web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Premis "Kesihatan" Jadi Lokasi Aktiviti Songsang, 208 Ditahan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2025 4:36PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar berkata operasi pada 8 malam itu dilaksanakan KL Strike Force Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selepas dua minggu risikan dan pemantauan.

"Kami menahan keseluruhannya 201 pengunjung dan tujuh pekerja berumur antara 19 hingga 60 tahun, termasuk 24 warga asing.

"Kami turut merampas kondom dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral," katanya pada sidang media di lokasi, selepas operasi selama hampir empat jam itu tamat.

Beliau berkata premis dua tingkat terbabit beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lepas, dan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam semasa hari bekerja, manakala pada hujung minggu bermula dari 3 petang hingga 11 malam.

Mohd Azani berkata pusat kesihatan berkenaan mempromosikan premis itu melalui media sosial seperti TikTok serta hebahan daripada pelanggan tetap.

"Pengunjung dikenakan bayaran RM35 setiap kemasukan, manakala pelanggan baharu perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran sebelum menerima kad keahlian," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati pengunjung terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, pelajar dan pelancong asing, dengan kebanyakannya mengakui mereka mengetahui tentang premis itu melalui media sosial.

Suasana kelam-kabut turut berlaku apabila sebahagian pengunjung cuba menutup muka dan beredar bagi mengelakkan identiti mereka dirakam, namun tidak berjaya meloloskan diri.

Pemerhatian Bernama mendapati premis berkenaan mempunyai beberapa ruang tertutup termasuk bilik kecil, kawasan separa gelap, selain kemudahan sauna dan jakuzi yang dipercayai menjadi tarikan utama pengunjung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 3 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad