Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Minat Haiwan Eksotik, Cetus Idea Kakak Raptor Buka 'Petting Zoo' Bergerak

Karier Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 11:00AM

Mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatan Syazlin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Minat terhadap haiwan eksotik sejak kecil serta ingin berkongsi ilmu pengetahuan mengenainya mendorong seorang lepasan Diploma Teknologi Digital membuka zoo mini haiwan jinak atau 'petting zoo' bergerak.

Syazlin Hafisya Mohammad Hasni, 22, yang menetap di Kulim, Kedah berkata mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatan beliau.

Menariknya, lebih 40 ekor haiwan eksotik yang dibawa Syazlin Hafisya ketika membuat pameran antaranya ular sawa, iguana, tupai tanah Afrika, sugar glider, tikus Belanda, naga air dan kala jengking, semuanya merupakan koleksi peribadinya.

"Semua haiwan dibeli di pet shop dalam negara dengan harga sekitar RM100 hingga RM10,000 dan buat masa ini saya memang menumpukan sepenuh  masa terhadap perniagaan mini zoo dan penjagaan haiwan.

"Harga tiket yang dikenakan hanyalah RM5 seorang dan tujuannya adalah untuk mengajar dan mendidik orang awam mengenai haiwan eksotik," katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Menurut Syazlin Hafisya semua haiwan itu disimpan di dalam sangkar atau akuarium di dalam rumah yang dilengkapi sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Katanya meskipun haiwan peliharaan beliau tidak pernah dicuri, namun ada yang mengalami kecederaan teruk akibat kecuaian pengunjung.

“Ada ular yang pernah cedera teruk selepas pengunjung tidak memegangnya dengan berhati-hati, menyebabkan ia terhempas ke lantai dan mengalami komplikasi tulang sehingga memerlukan kos rawatan sekitar RM2,000," katanya.

Syazlin Hafisya yang dikenali sebagai 'Kakak Raptor' di laman sosial berkata buat masa ini, beliau hanya mengadakan pameran sekiranya ada jemputan seperti acara konvokesyen, program sekolah atau karnival di sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

"Saya tidak keluar dari kawasan utara kerana fikir mengenai risiko terhadap haiwan jika travel terlalu lama boleh menyebabkannya stres, sakit atau mati," katanya.

Bercerita lanjut, Syazlin Hafisya anak tunggal yang mempunyai minat serupa dengan ayahnya, Mohammad Hasni Hassan, 55, dan ibu, Salmiah Shaari, 48, berkata perasaan cinta terhadap haiwan eksotik timbul sejak kecil selepas menonton dokumentari di televisyen.

Syazlin Hafisya berkata cabaran utama dihadapi adalah keadaan cuaca panas di Malaysia kerana kebanyakan haiwan berasal dari luar negara sehingga beliau perlu mengawal suhu dan kelembapan bersesuaian mengikut lokaliti asal haiwan.

"Contohnya, Chinchillas, perlukan suhu di bawah 26 darjah Celcius, jadi saya letakkannya di dalam bilik dengan pendingin hawa manakala untuk sesumpah, saya perlu kawal kelembapan agar ia tidak mendapat penyakit seperti jangkitan salur pernafasan," katanya.

Syazlin Hafisya berkata beliau mempunyai lesen serta permit bagi membela dan mempamer haiwan eksotik daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). 

"Kebanyakan haiwan eksotik memerlukan lesen dan proses untuk mendapatkannya sangat mudah, hanya dengan membawa resit pembelian dan mikrocip ke Perhilitan dan ia akan siap dalam lima minit sahaja.

"Saya ingin nasihatkan orang awam agar jangan mudah percaya dengan ura-ura yang mengatakan Jabatan Perhilitan sangat susah untuk berurusan sekiranya hendak membela haiwan mengikut undang-undang ditetapkan," katanya.

Pada masa sama, lulusan Politeknik Seberang Jaya, Pulau Pinang itu turut menasihatkan orang awam yang ingin membela dan memelihara haiwan eksotik agar mempelajari ilmu mengenainya.

"Rajin-rajinkan diri membuat penyelidikan dan belajar cara-cara membela haiwan tersebut sebelum membelinya kerana kekurangan ilmu boleh menyebabkan haiwan sakit dan mati," katanya yang merancang untuk membuka zoo mini statik, pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Haiwan Eksotik Jadi Pilihan, Cadang Buka Zoo Mini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kestabilan Politik Penting Untuk Malaysia Bergerak Ke Hadapan - Sultan Nazrin

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Putus Asa Jika Anak Degil, Ada Cara Lembutkan Hati 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Individu Ditahan Miliki 287 Haiwan Eksotik Tanpa Dokumen

Sorotan

1

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

2

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

3

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

4

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

5

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

6

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

7

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 20 jam yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

oleh Rafisqi Radhi

Ekonomi 1 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

oleh Sophia Ahmad

Usahawan 1 hari yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR