web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Putus Asa Jika Anak Degil, Ada Cara Lembutkan Hati 

Bagaimana menangani anak-anak yang degil dan keras kepala? Berikut ada beberapa kaedah yang boleh anda cuba.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 8:40AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membesarkan anak-anak dalam dunia digital ini bukanlah satu perkara mudah. Cabarannya bukan kepalang lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang bekerja. Begitupun, tanggungjawab mendidik anak-anak tidak seharusnya diabaikan meski diri terbeban dengan kesibukan tugas.

Anak-anak adalah kain putih yang perlu dicorakkan agar kehidupan mereka menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Sepanjang proses mendidik, sudah pasti kita berdepan pelbagai ragam mereka yang adakalanya membuatkan kesabaran semakin menipis. Lebih-lebih lagi jika anak kita itu keras kepala dan suka membantah. Jadi bagaimana cara untuk melembutkan hati anak yang keras kepala?

Jika anda mahu menggunakan kaedah Islam, apa kata anda baca Surah Taha ayat 1 hingga 8 dan tiupkan ke dalam air. Selepas itu, berikan kepada anak-anak untuk diminum.

Satu lagi cara ialah, minta anak-anak anak sendiri membaca ayat-ayat tersebut pada setiap hari selepas menunaikan solat. Bagi memupuk kasih-sayang sesama ahli keluarga, jangan lupa amalkan solat jemaah bersama, makan bersama dan membaca al-Quran pada setiap hari.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah psikologi berikut untuk membuatkan anak-anak patuh kepada arahan:

Jangan gunakan bahasa negatif

Elakkan penggunaan ‘tidak’ atau ‘jangan’. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak. Jika anda menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan berasa yakin, disayangi dan istimewa.

Ini akan membuatkan mereka melakukan apa jua pesanan anda tanpa membantah. Mereka juga akan mendengar apa yang anda ingin katakan dan memahami dengan lebih baik.

Beri sedikit masa untuk mereka untuk mengalih perhatian daripada sesuatu yang sedang mereka lakukan kepada percakapan anda. Jangan biasakan anak hanya bertindak terhadap jeritan anda. Ini kerana, lama-kelamaan mereka akan menganggap anda tidak serius apabila memberi arahan dalam nada lembut.

Sebut nama

Jika anda menyebut nama, anak-anak anda akan memberi perhatian dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius!

Beri perhatian 

Ada masanya, mungkin anak-anak tidak bermaksud untuk melengahkan apa yang anda arahkan. Sebaliknya, mereka rasa tidak didengari. Jadi, sebelum anda mahu mereka mendengar arahan anda, apa kata anda mendengar dahulu apa yang ingin diperkatakan oleh mereka. Mungkin ada kisah yang ingin dikongsi oleh anak-anak. Ingat, bukan kita sahaja yang menghadapi hari-hari sukar di tempat kerja, anak-anak juga sama. Mana tahu, dia menjadi mangsa buli rakan-rakan sebaya.

Beri arahan yang jelas

Kanak-kanak mengambil masa untuk memahami kata-kata yang disampaikan kepada mereka. Jadi, jika anda menggunakan perkataan yang tidak jelas atau cuba berkias, tidak mungkin mereka akan memahami mesej yang cuba disampaikan. Gunakan ayat yang mudah untuk difahami. Selain itu, elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.

Berfikiran terbuka

Untuk menjadi ibu bapa yang baik, anda seharusnya berfikiran terbuka apabila berhadapan sesuatu isu dengan anak-anak.  Biarpun perkara itu sudah terang-terangan tidak disukai oleh anda, tetapi jangan sesekali tutup ruang perbincangan dengan anak-anak.

Dengar dahulu apa yang ingin mereka katakan. Lebih-lebih lagi jika anak anda sudah semakin membesar. Anda perlu menitikberatkan hal emosi dan pandangan mereka. Elakkan dari memberi arahan yang kelihatan seolah-olah muktamad. - Getaran, 14 Januari 2022

Rujukan: http://www.islam.gov.my

Gambar: pexel

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad