web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haiwan Eksotik Jadi Pilihan, Cadang Buka Zoo Mini

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 9:09PM

Mohd Redzuan Abdullah Zawawi bersama haiwan peliharaannya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seringkali haiwan seperti kucing, anjing atau tikus menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Namun, lain pula bagi Mohd Redzuan Abdullah Zawawi, 39, yang memilih haiwan eksotik sebagai binatang peliharaan.


 
Menurut bapa kepada tiga anak itu, beliau menyewa sebuah rumah di Balik Pulau, Pulau Pinang bagi menempatkan kesemua spesies haiwan peliharaannya.

"Saya menyewa rumah untuk keselesaan semua pihak khususnya haiwan peliharaan," katanya.

Antaranya ular sawa, landak, memerang, kura-kura, burung unta dan kerbau. Selain itu, kediaman itu turut menempatkan keldai dan kambing 'mini' kerana kecomelannnya. 

"Saya memang minat terhadap haiwan eksotik dan memelihara kira-kira 12 spesies haiwan termasuk ular sawa, landak, memerang, kura-kura dan burung unta," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan yang bekerja sendiri berkata, beliau mula berjinak-jinak dengan haiwan berkenaan sejak 2004.

"Saya membeli haiwan itu melalui ladang berdaftar yang kebanyakannya dibawa masuk dari Afrika secara berperingkat menggunakan wang simpanan," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Redzuan berkata, beliau belum berhasrat untuk mengkomersilkan haiwan itu, tetapi bercadang membuka zoo mini pada tahun depan.

"Saya akan memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan supaya boleh membuka zoo mini tahun depan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Karier 3 tahun yang lalu

Minat Haiwan Eksotik, Cetus Idea Kakak Raptor Buka 'Petting Zoo' Bergerak

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Individu Ditahan Miliki 287 Haiwan Eksotik Tanpa Dokumen

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ