Berita Terkini

20 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pengarah Program Majalah Perlu Mata Yang Tajam

Kerjaya pilihan Getaran minggu ini adalah pengarah program majalah. Mari kita ikuti perkongsian Yusmi Harif mengenai kerjaya ini dan pengalamannya di belakang tabir pembikinan sesebuah program.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 2:46PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Untuk bergelar seorang pengarah, anda tidak semestinya tertumpu kepada naskhah drama, telefilem atau filem. Memang benar, naskhah-naskhah ini boleh menjulang nama seseorang apabila drama atau filem yang diarahkan ‘meletup’ di pasaran. Lebih gah lagi apabila berjaya meraih anugerah perfileman.

Namun, anda juga harus tahu, kerjaya pengarah program majalah juga tidak kurang hebatnya. Cuba anda perhatikan program-program majalah yang menjadi kegemaran. Hasil garapan juga perlu kemas dan perlu ada ketelitian bagi menghasilkan sebuah program yang punya identiti dan menarik untuk ditonton.

Baru-baru ini Getaran berpeluang menemubual seorang pengarah program majalah yang naskhahnya sering disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

Yusmi Harif.
Yusmi Harif.

Dikenali sebagai Yusmi Harif, 47, pengarah program 'Air Tangan Chef', 'Resipi Musang Berjanggut' dan 'Hias Viral' ini agak terkejut apabila diberitahu kami ingin dia berkongsi cerita.

“Selalunya pihak media tidak berminat dengan individu yang bekerja di belakang tabir. Lainlah kalau pengarah drama atau filem. Mereka memang selalu dapat peluang publisiti.

"Tapi tidak mengapalah, saya gembira dapat berkongsi pengalaman. Mungkin ada di luar sana yang ingin tahu  lebih lanjut tentang skop pekerjaan seorang pengarah program majalah,” ujar Yusmi memulakan bicara.

Yusmi bersama kru produksi.
Yusmi bersama kru produksi.

Menyambung bicara, Yusmi memberitahu dia sebenarnya bukanlah seorang graduan fakulti seni persembahan atau pernah mengikuti mana-mana kursus profesional dalam bidang pengarahan. Sebaliknya, dia merupakan pemegang ijazah pengurusan perniagaan, Universiti Malaya.

“Saya terlibat dengan dunia belakang tabir ini kerana minat. Bukan ada ijazah atau sijil profesional. Mula-mula masuk dalam industri, saya berada di hadapan kamera. Saya pernah bergelar pengacara untuk beberapa program hiburan di RTM dan pernah juga membaca berita sukan seketika.”

“Daripada situlah saya banyak berkawan dengan mereka yang berada di belakang tabir. Selepas program yang saya hoskan ditamatkan, saya mula ikut kru produksi buat penggambaran. Saya tolong mereka buat kerja-kerja pembantu (handyman). 

“Makin lama saya bersama mereka, saya semakin tertarik dengan kerja-kerja yang mereka lakukan. Jadi saya banyak bertanya dan belajar,” ujar Yusmi.

Yusmi bermula dari bawah dan mengambil masa lima tahun untuk bergelar pengarah.
Yusmi bermula dari bawah dan mengambil masa lima tahun untuk bergelar pengarah.

Ditanya berapa lama pula dia menimba ilmu sebelum berjaya duduk di kerusi pengarah, Yusmi tanpa berselindung memberitahu dia mengambil masa hampir lima tahun. 

“Daripada kerja-kerja pembantu, saya dapat tanggungjawab pengurus produksi dan akhirnya selepas hampir lima tahun, saya diberi kepercayaan untuk menggalas tugas pengarahan. 

“Ia satu pencapaian yang saya idamkan kerana bukan mudah untuk mencapai tahap ini. Sebabnya, sekalipun anda punya sekeping ijazah, tidak semestinya anda layak bergelar pengarah.”

“Tanggungjawab ini berat. Anda mesti bermula dari bawah. Kena belajar selok-belok dunia pengarahan, barulah anda boleh menjadi seorang pengarah yang bagus. Seorang pengarah mestilah punya ‘mata’ yang tajam, teliti dan peka dengan keadaan sekeliling sebaik penggambaran bermula. Sedikit kesilapan teknikal berlaku, anda akan berhadapan masalah besar.”

“Lebih-lebih lagi kalau terpaksa buat penggambaran semula. Bayangkan kalau program itu memerlukan sesi temubual dengan pihak-pihak tertentu, seperti ahli politik, pengarah syarikat atau sukarelawan. Produksi perlu ikut kesesuaian masa mereka pula. Jadi jadual penggambaran akan tertangguh.

"Ini kerana program majalah mengambil masa yang lebih panjang. Selalunya untuk satu episod dokumentari, kita memerlukan masa dua hari untuk penggambaran,” cerita Yusmi panjang lebar.

Seorang pengarah harus tahu segala selok-belok penggambaran dan punya mata yang tajam.
Seorang pengarah harus tahu segala selok-belok penggambaran dan punya mata yang tajam.

Apabila berbicara tentang kerjaya, sudah pasti kita ingin tahu sama ada sesebuah kerjaya itu menjamin masa hadapan atau tidak. Adakah upahnya setimpal dengan segala susah payah yang dilalui?

Jelas Yusmi, realitinya produksi program majalah sentiasa menjadi buruan stesen televisyen. Jika seseorang pengarah itu mempunyai reputasi yang baik, banyak pihak yang akan cuba mendapatkan khidmat mereka. Jika bijak mencari peluang, boleh hidup dengan selesa.

“Jangan tak tahu, program-program majalah atau dokumentari punya permintaan yang tinggi. Ini ramai yang tidak tahu. Sebab itu di Malaysia ini, banyak produksi yang beri tumpuan pada program-program majalah.

"Malah, bajet yang mereka dapat juga ‘boleh tahan’. Jujurnya, kerjaya ini menjanjikan keselesaan hidup. Tapi kalau hendak kaya-raya mungkin tidak. Sebabnya, industri kita tidak seperti di luar negara.

"Bayaran atau upah untuk kerja-kerja di belakang tabir di negara ini masih rendah. Sebab itu mereka yang betul-betul punya minat sahaja yang akan bertahan lama,” ujar Yusmi. - Getaran, 24 Februari 2022

Gambar: Yusmi Hariff

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

2

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

KKD Pandang Serius Projek Sakit Di Bawah Kementerian - Fahmi

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030