Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


O&G Tiada Diskriminasi, Tawar Peluang Mencabar Diri

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 5:00PM

Ekin menyifatkan kerjaya dalam bidang O&G mempunyai banyak tarikan, termasuk aspek gaji dan pendedahan ilmu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Realitinya, kerjaya dalam bidang minyak dan gas (O&G) lebih didominasi lelaki berbanding wanita memandangkan bidang itu dianggap mencabar, sukar serta memerlukan keberanian tinggi.

Tuntutan waktu kerja panjang dan tidak menentu, selain komitmen tinggi yang harus diberikan terhadap tugasan turut menjadi alasan utama mengapa wanita kurang berminat atau tiada kesediaan untuk memikul tanggungjawab ‘turun’ ke lapangan.

Mengakui perkara itu, Jurutera Projek Senior, Nurul Aishikin Mohd Yusof, bagaimanapun menganggap tiada perbezaan antara lelaki dan wanita untuk menceburi kerjaya dalam bidang O&G selagi mereka boleh memberikan hasil tugasan terbaik.

“Betul, bidang ini didominasi lelaki. Pada pendapat Ekin, kebanyakan wanita yang menceburi bidang kerjaya O&G ini bekerja di bahagian korporat dan kurang berminat ke lapangan atau tapak projek kerana komitmen terhadap keluarga selepas berkahwin.

“Malah, berdasarkan kepada statistik Petroleum dan Gas Asli 2015, boleh dikatakan ramai memilih untuk profesion di pejabat,” katanya yang selesa membahasakan nama diri sebagai Ekin ketika dihubungi Getaran.

Pembabitan wanita dalam bidang kerjaya O&G tidak didiskriminasi asalkan mereka boleh memberikan hasil tugasan terbaik.
Pembabitan wanita dalam bidang kerjaya O&G tidak didiskriminasi asalkan mereka boleh memberikan hasil tugasan terbaik.

Memandangkan O&G menjadi antara industri penting negara dan keperluan tenaga kerja baharu di lapangan serta tapak projek sentiasa wujud, golongan Hawa boleh mengambil peluang menceburi kerjaya itu yang menjanjikan tarikan tersendiri, sekali gus meningkatkan nisbah pekerja wanita bidang berkenaan.

“Nisbah lelaki kepada wanita yang berkecimpung dalam bidang ini mungkin boleh diperbaiki dengan pembabitan lebih ramai wanita.

“Ada pihak mungkin menganggap wanita yang bekerja di lapangan dan tapak projek untuk bidang O&G akan didiskriminasi rakan kerja lelaki, tanggapan itu tidak tepat kerana rakan kerja Ekin memberikan sokongan sangat baik sehingga kini,” katanya.

Berkongsi detik awal pembabitannya dalam kerjaya itu, Ekin berkata, minat terhadap bidang berkenaan mula timbul ketika dia mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Kimia di sebuah universiti tempatan.

Katanya, ditambah sokongan penuh diterima daripada keluarga dan skala pendapatan kukuh kerjaya itu, membuatkan dia tertarik menceburinya sebaik bergraduasi.

Pada masa sama, Ekin berkata, bidang itu disifatkan bersesuaian dengan jiwanya yang meminati aktiviti dan kerjaya mencabar.

“Sebenarnya, dulu Ekin bercita-cita menjadi ahli kaji purba kerana sangat meminati bidang fosil dan pengajian sejarah. Kemudian ketika memasuki sekolah berasrama penuh, Ekin didedahkan dengan aliran Sains Kejuruteraan dan sukakan subjek kimia kerana kaedah pengajaran diinovasikan guru amat menarik.

“Selepas tamat sekolah menengah, Ekin melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan yang akhirnya menimbulkan minat menceburi O&G,” katanya.

Ditanya tarikan utama kerjaya itu, Ekin berkata perkara terbabit dirasai apabila dia memperoleh pendedahan meluas mengenai modus operandi dan operasi tersendiri dijalankan setiap syarikat O&G tempatan serta luar.

Ekin berkata, dia bukan sahaja mendapat pengalaman bekerja dengan staf dalam syarikat O&G tempatan, tetapi turut berpeluang bertugas bersama pekerja syarikat antarabangsa dan warga negara luar.

Ekin bersama keluarganya.
Ekin bersama keluarganya.

Bercerita mengenai tuntutan tugas, dia berkata tanggungjawabnya mencakupi projek di lapangan yang memerlukannya bekerja dalam ‘waktu ganjil’, pada hujung minggu dan tidak tentu waktu kerana banyak urusan penting harus diselesaikan.

“Projek sedang dilaksanakan Ekin dan pasukan sekarang adalah kapal baharu yang diubahsuai menjadi Floating Production Storage Offloading Unit (FPSO).

“FPSO dengan berat modul bahagian atas mencecah 33,000 tan ini akan mempunyai kebolehan menghasilkan 180,000 tong minyak dan 250,000 tong suntikan air setiap hari, dengan kapasiti simpanan minimum 1.4 juta tong minyak mentah yang dianggarkan mampu berada pada kedalaman air sehingga 2,000 meter,” katanya.

Mengulas lanjut, Ekin berkata, sama seperti langkah kebanyakan syarikat yang beralih ke arah digitalisasi untuk memperkukuhkan platform pangkalan data dan maya supaya tugasan lebih lancar ketika pandemik COVID-19, pengendalian kerja bidang O&G turut dijalankan menerusi kaedah sama.

“Jika dahulu sebelum pandemik, Ekin lagi suka untuk mengadakan perjumpaan berdepan untuk selesaikan masalah tertentu bersama pasukan, tetapi kini kami berbincang secara maya walaupun semasa di pejabat kerana majoriti kami bekerja dari rumah dan ada yang berpangkalan di luar negara, ” katanya.

Ketika berkongsi impian kerjayanya, Ekin berharap beliau mampu terus maju dan berjaya dalam bidang O&G.

“Ekin berharap suatu hari Ekin diberikan kepercayaan serta peluang untuk menguruskan projek sendiri,” katanya yang memaklumkan tiada sebarang syarat untuk individu menceburi pekerjaan itu kecuali harus lulus pemeriksaan kesihatan fizikal dan ujian stres. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Usahawan 9 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 29 minit yang lalu

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM