Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Jika dilihat dari fizikalnya yang tinggi lampai, berwajah kacak dan bertubuh sasa, pasti ramai yang akan beranggapan Dr Surendran adalah seorang peragawan atau pelatih kecergasan.

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 8:00PM

Dr Surendran Chandrasegaran - Gambar Instagram @surendotsee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertama kali penulis melihat sosok tubuh jejaka ini, langsung tidak terlintas bahawa beliau adalah seorang doktor gigi. 

Tinggi lampai, berwajah tampan dan punya tatu di tubuh sasanya, pasti ramai yang akan terfikir Dr Surendran Chandrasegaran adalah seorang peragawan mahupun jurulatih kecergasan.

“Ramai yang tidak percaya bila saya beritahu bahawa saya adalah seorang doktor gigi. Mereka selalu beranggapan saya adalah jurulatih kecergasan mahupun pemungut wang. Saya suka pungut wang, tetapi di kaunter klinik sayalah,” katanya sambil ketawa. 

Katanya lagi, dia suka tampil berbeza dengan orang lain tetapi pada masa yang sama dia menyedari memiliki sesuatu kerjaya itu sangat penting. 

Disebabkan itu, dia memilih untuk menjadi seorang pekerja profesional dan kini baru sahaja membuka kliniknya yang baharu iaitu Klinik Pergigian Sinaran di Jalan Gombak selepas beberapa tahun berkhidmat di Bangsar. 

“Orang selalu mempunyai stereotaip terhadap kerjaya seseorang. Jika anda seorang doktor, anda tidak boleh mempunyai tatu.

“Selain bergelar doktor, saya juga punya minat yang lain seperti bersenam dan sudah tentulah memiliki tatu adalah salah satu daripadanya. Pada saya, ia sangat seimbang, daripada memiliki gaya hidup yang bosan,” katanya yang turut bergelar model sambilan di waktu terluang. 

Kongsi jejaka berusia 31 tahun ini, menjadi doktor gigi bukanlah cita-cita utamanya, namun kerana impian ibu bapanya untuk melihat anak-anak mereka terlibat dengan dunia medik, akhirnya dia memilih untuk menjadi doktor gigi.

“Keluarga mahu kami adik-beradik berkecimpung dalam kerjaya medik kerana mahu kami menyelamatkan nyawa orang. 

“Kakak saya merupakan seorang doktor medik. Sejujurnya, saya tidak menggemari gaya hidup seorang doktor kerana perlu berada dalam keadaan bersedia 24 jam untuk panggilan tugas. Saya seorang yang suka meneroka banyak perkara selepas waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang. 

“Jadi selepas saya kaji, saya lihat menjadi doktor gigi adalah yang paling dekat dengan dunia medik, tetapi masih mampu memberikan saya masa untuk lakukan perkara yang saya suka. 

“Jika anda tanya saya kenapa saya pilih kerjaya ini, saya tiada jawapan yang spesifik. Bagi saya kerjaya ini yang memilih saya,” ujar jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Tambah Dr Surendran lagi, bekerja sebagai doktor gigi terutamanya di sektor swasta akan memudahkannya mengurus masa kerana boleh menyusun jadual rawatan pesakit. 

Tanya saya kepadanya, apa yang menarik bertugas sebagai seorang doktor gigi, kata anak kedua dari tiga beradik ini, tugasannya banyak melibatkan kerja seni. 

“Saya suka dengan kerja saya. Kerana kerja ini melibatkan seni. Kerja saya adalah untuk memberikan senyuman baharu kepada orang. Buatkan orang lebih gembira.

“Sebagai seorang doktor gigi estetik, saya banyak melakukan kerja pemasangan veneer. Untuk melakukan rawatan ini perlukan skil dan kerja seni. Dan saya merupakan seorang kidal. 

“Kata orang sesiapa yang kidal mereka lebih artistik dan kreatif. Bapa saya juga seorang kidal. Jadi kami agak kreatif. Saya rasa perkara ini sangat membantu saya dari segi kerja artistik sebagai seorang doktor gigi.

“Era sekarang, orang lebih gemar melakukan rawatan kosmetik. Semua orang mahu kelihatan cantik dalam TikTok, Instagram, swafoto, video dan sebagainya. Ramai yang mahu lakukan rawatan 'smile’s correction'. Jadi ramai yang fokus untuk rawatan estetik dan kosmetik, ujarnya.

Kebanyakan orang sangat takut untuk berjumpa doktor gigi berbanding doktor lain. Soal saya kepada Dr Surendran, bagaimana dia menangani isu ini?

Katanya, perkara pertama yang harus dititikberatkan adalah memastikan persekitaran klinik selesa dan menenangkan.

“Kedua, doktor gigi perlu melayan pesakit dengan lemah lembut dan baik serta memahami kehendak pesakit. Tidak boleh berkasar dengan mereka. 

“Skil sosial yang bagus sangat penting apabila berhadapan dengan pesakit. Tak kisah betapa sukar dan degil pesakit itu, jika anda punya skil sosial yang baik, berjaya terangkan segala masalah dan beritahu mereka bahawa rawatan ini tidak menyakitkan pasti mereka akan okey. 

“Tetapi anda juga harus memastikan rawatan itu tidak menyakitkan, bukan sekadar cakap sahaja,” katanya.

Katanya lagi, untuk merawat kanak-kanak, selalunya dia akan memakai pakaian berwarna terang dan ceria serta sentiasa senyum supaya mereka tidak takut.

“Saya pernah ditampar dan ditendang pesakit kanak-kanak autism. Walaupun ibu dan bapanya memegangnya, namun dia sangat kuat,” kongsinya yang turut pernah tercucuk jarum gara-gara pesakit yang takut dengan rawatan. 

Terdapat banyak rawatan untuk sakit oral seperti cabut, tampal, cuci, pemakaian pendakap gigi dan sebagainya. Namun kata Dr Surendran, rawatan mencabut gigi bongsu adalah antara yang paling mencabar. 

“Kadang-kadang untuk mencabut gigi bongsu melibatkan prosedur pembedahan kecil kerana kedudukan gigi itu agak sukar. Apa-apa rawatan yang memerlukan pembedahan akan menjadi lebih rumit.

Berdepan dengan pesakit yang melibatkan kesihatan oral, pastinya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi terutamanya jika anda merupakan seorang yang penggeli dengan kotoran.

Namun kata Dr Surendran dia sudah terbiasa melihat perkara yang ngeri sejak dari kecil. 

“Saya suka tengok darah dan benda-benda yang mungkin jijik bagi sesetengah orang. Saya juga suka tonton filem-filem seram dan ngeri. 

“Dan sebagai seorang lelaki yang sukakan aktiviti outdoor, merawat pesakit yang mempunyai masalah kesihatan oral bukanlah satu masalah bagi saya. 

“Kadang-kadang ada pesakit yang mulut berbau, gigi reput dan berulat. Tetapi anda perlu biasakan diri kerana ia adalah sebahagian daripada kerja anda ” kongsinya. 

Dedah Dr Surendran, rakyat Malaysia masih belum mendapat pendedahan serta kesedaran yang cukup tentang kepentingan penjagaan oral. 

“Orang yang tinggal di bandar pun kurang kesedaran, bayangkan orang yang tinggal di pedalaman, lagi teruk.

“Saya pernah kerja dengan sektor kerajaan sebelum ini, dan kami sering pergi ke perkampungan orang asli. Keadaan gigi mereka agak teruk kerana tahap kesedaran tentang penjagaan oral masih rendah. 

“Apa saya boleh katakan, kita masih boleh tingkatkan kesedaran ini. Dan, tugas sebagai doktor gigi adalah untuk tingkatkan kesedaran terhadap masyarakat untuk lakukan pemeriksaan di klinik gigi setiap enam bulan supaya doktor dapat kesan masalah yang anda tidak dapat kesan sendiri. 

“Berus gigi dua kali sehari. Flos gigi sangat penting, masih ramai orang yang tidak flos gigi mereka. Pembersih mulut adalah pilihan. Tetapi bagus gunakan sehari sekali sebelum tidur untuk bunuh bakteria,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2022

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Dr Been Gee Dah Bergelar Penyanyi, Cipta Lagu Untuk Golongan Pembuli Dan Haters 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Setapak Dikenal Pasti Lubuk Doktor Gigi Palsu - Khairy

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Usahawan 7 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM