web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Been Gee Dah Bergelar Penyanyi, Cipta Lagu Untuk Golongan Pembuli Dan Haters 

“Sejak kecil saya cuba untuk ‘fit in’ tetapi setelah menginjak dewasa kita tidak sepatutnya dibuli dan terus berdiam diri,” Dr Ben. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 9:08PM

Dr Ben Gee - Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi pengguna media sosial TikTok, nama Dr Ben Gee bukanlah asing bagi mereka. Memiliki jumlah pengikut seramai 4.2 juta, doktor gigi kacak yang cukup sensasi ini sentiasa memuat naik hantaran video yang cukup menghiburkan buat pengikut-pengikutnya. 

Bahkan, Dr Ben Gee juga antara pengguna TikTok yang tegar menggunakan lagu viral Gatal yang dipopularkan Janna Nick dalam beberapa video hantarannya dan salah satu hantaran tersebut meraih 26 juta tontonan. 

Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

Kini, pempengaruh berusia 29 tahun yang cukup terkenal di TikTok ini telah meluaskan lagi portfolionya sebagai penyanyi apabila hadir dengan single sulung dalam bahasa Inggeris yang berjudul ‘In Your Face’. 

“Seakan bermimpi! Itulah yang dapat saya gambarkan dengan kata-kata, siapa sangka dari seorang doktor gigi, ke ‘influencer’ dan kini sebagai penyanyi, saya percaya jika kita berani mencuba dan mengambil risiko, pasti akan nampak hasilnya,” luah Dr. Ben. 

Namun, sejak dari kecil lagi Dr. Ben sememangnya gemar berada di atas pentas, dan ketika berumur 8 tahun, dia dimasukkan ke koir opera oleh ibu bapanya dan membuat persembahan di seluruh Malaysia.

“Ketika di kolej saya pernah menyertai kelas teater dan beraksi dalam beberapa pementasan muzikal, dan sewaktu di universiti saya mula terdedah dengan dunia sosial media dan bermulalah segala-galanya sehingga saya dilamar oleh pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment,” katanya lagi. 

‘In Your Face’ merupakan ciptaan sepenuhnya dari, Shaz dan Dr Ben Gee sendiri dengan olahan daripada komposer terkemuka, Omar K dan juga John Jeeves. Single ini diterbitkan label, Rocketfuel Entertainment. 

Cetusan idea lagu ini datangnya daripada Dr Ben Gee sendiri. 

Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

“Sejak kecil saya cuba untuk ‘fit in’ tetapi setelah menginjak dewasa kita tidak sepatutnya dibuli dan terus berdiam diri. 

“Kita perlu berani dan katakan ‘I’m in your face’ kepada mereka yang pernah menyelar keberadaan dan keunikan kita sebagai manusia.

“Saya mahu ‘empower’ generasi muda melalui lagu saya dengan menegaskan betapa pentingnya untuk menerima diri sendiri atau ‘self-acceptance’ dan sayangi diri ataupun ‘self-love’, jangan peduli kalau ada ramai ‘haters’ kerana kita perlu berani untuk menjadi diri kita yang sebenar,” jelasnya lagi. 

Mengambil masa hampir setengah tahun untuk disiapkan, ‘In Your Face’ adalah sebuah lagu pop rancak moden dalam nuansa elektro (EDM) yang dihasilkan mengikut kesesuaian jiwa Dr. Ben yang gemarkan lagu-lagu berunsur tarian. 

“Saya berharap lagu ini dapat membuka mata semua orang tentang kemampuan saya, semoga lagu ini diterima oleh semua dan terus mendapat sambutan sebagai lagu pembakar semangat, ingatlah ‘it’s okay to not fit in, and it’s okay to be different’ kerana kita adalah unik, dan kita adalah kita.

Lagu ‘In Your Face’ boleh didapati di semua pelantar penstriminan muzik digital bermula hari ini dan muzik video single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. - Getaran 7 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN