Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jangan Berangan! Penata Gaya Bukan Kerja Glamor

Sepetang bersama Ardi, penata gaya selebriti berbicara tentang pahit manis kerjaya ini.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di sebalik penampilan menawan selebriti tempatan menggayakan busana indah, ada insan yang bertanggungjawab ‘menjaga’ tata gayanya. Insan ini dipanggil penata gaya. Ramai sudah mula menyedari kewujudan pekerjaan ini. 

Tambahan pula, peminat sekarang sudah terdedah dengan mainan industri. Dunia hiburan bukanlah menjadi suatu misteri lagi sejak adanya media sosial. Ramai penata gaya mula dikenali di Instagram kerana selalu didampingi para selebriti. 

Kehidupan mereka dilihat glamor kerana bukan sahaja terlibat secara langsung dalam penggayaan selebriti, malah turut memainkan peranan penting dalam sesebuah penggambaran filem, iklan, konsert mahupun sesi pemotretan majalah. 

Untuk segmen kerjaya pilihan minggu ini, kami tampilkan pereka fesyen merangkap penata gaya kelahiran Sarawak, Ardi Idewani Zaini, 35, untuk memberi sedikit gambaran tentang dunia penggayaan selebriti dan industri hiburan Malaysia.

Ardi Idewani, penata gaya selebriti
Ardi Idewani, penata gaya selebriti

#1 Bila bermula dan apakah yang memupuk minat anda?

Pada 2012, saya bermula sebagai penulis sebuah majalah fesyen terkemuka tempatan. Saya tidak hanya menulis tentang fesyen, saya juga menulis tentang produk, kereta, haruman malah perihal seks.

Sebagai penata gaya, saya harus bekerja dari bawah dan secara berperingkat. Belajar untuk kenali dahulu DNA penggayaan. Selalu semat dalam fikiran, saya bekerja untuk menyampaikan aspirasi gaya bagi mewakili jenama dan pelanggan yang saya gayakan.

Pada 2015, barulah saya melakukan penataan gaya secara profesional. Saya mahu menemui perkara-perkara baru. Memupuk minat yang mendalam ketika bereksperimentasi. Meneroka dan senantiasa mencabar potensi fesyen tempatan agar setaraf dengan fesyen antarabangsa.

#2 Apakah faktor yang diperlukan untuk menjadi penata gaya yang berjaya?

Selain stail dan estetika peribadi, penata gaya yang bagus harus memikirkan pelanggan. Buka hati dan fikiran untuk menerima apa yang pelanggan mahu dan perlukan. Jangan sesekali ‘syok sendiri’. 

Kita harus ingat penggayaan kita itu adalah perniagaan mereka. Pelanggan bukan sahaja terdiri daripada selebriti dan personaliti, malah jenama-jenama yang kita gayakan. Tidak boleh terlalu ‘berangan’ kerana kita harus memuaskan hati dan visi fesyen mereka.

Untuk menjadi seorang penata gaya yang versatil, kita harus tahu segalanya tentang fesyen. Belajar tentang fesyen secara menyeluruh. Paling penting belajar menjahit. Terangkan secara ringkas tentang basa-basi fesyen yang ingin diketengahkan kepada pelanggan.

#3 Adakah penataan gaya itu harus mengikut kesesuaian individu atau trend semasa?

Pandanglah mengikut kesesuaian tema. Contohnya, jika artis itu perlu melakukan persembahan di pentas, gayakanlah dia dengan persalinan gaun yang mempesonakan. Ikut kesesuaian majlis. Jangan main hentam kromo. 

Saya tahu ada sahaja penata gaya yang sembarangan. Dia ‘memaksa’ artis dengan gaya-gaya yang kononnya terkini. Itu yang sesetengah artis kita tampil dengan pakaian yang aneh-aneh. Nampak terlalu mencuba kerana penata gaya tersebut tidak mengenali personaliti mereka.

Padahal dia harus mengenali artis itu terlebih dahulu. Sesuai atau tidak dengan personalitinya? Lain selebriti, lain bentuk muka dan badan. Bukan semua kita boleh ‘sumbat’ dan ‘campak’ sahaja kepada artis. Percayalah ia akan menjadi cacamarba.

Ardi juga merupakan adik kepada selebriti, Anding Indrawani
Ardi juga merupakan adik kepada selebriti, Anding Indrawani

#4 Pekerjaan ini dilihat glamor, benarkah? Sisi sebaliknya yang ramai tak tahu?

Bagi saya penataan gaya adalah satu pekerjaan. Amanah yang diberikan untuk mencantikkan. Sejujurnya, bagi saya ia bukan pekerjaan yang glamor.  

Ya, saya faham, ramai melihat penata gaya bekerja dengan selebriti, jenama-jenama fesyen tempatan dan antarabangsa, penggambaran filem dan iklan atau pemotretan majalah tetapi percayalah ia hanyalah di permukaan. 

Ramai tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Bagaimana kami harus menyakinkan jenama-jenama pakaian antarabangsa itu untuk menggayakan artis kita. Bagaimana pula mahu menyakinkan artis kita dengan stail penggayaan yang paling sesuai dengan mereka.

Permintaan-permintaan mengejut daripada pihak pengurusan artis. Memastikan pakaian muat dengan artis semasa sesi percubaan. Belum lagi bercerita kami harus mengangkat baju-baju yang berat ini di belakang pentas atau studio (ketawa). 

#5 Nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini. 

Apa yang saya lihat berlaku di Malaysia, ada sesetengah individu tegar menggelar diri mereka penata gaya tanpa sebarang tauliah atau ilmu fesyen yang secukupnya. 

Hanya kerana menggayakan artis secara percuma dengan jenama-jenama fesyen yang tak semena-mena, anda menggelar diri anda sebagai penata gaya. Tidak semudah itu. 

Untuk berada dalam bidang ini, anda harus ada pengetahuan yang luas tentang fesyen. Jangan lakukan penataan gaya semata-mata ingin mendabik dada di Instagram. Atau sekadar mengejar glamor di sosial media. Itu salah. 

Nasihat saya di era serba mencabar ini, cuba selitkan mesej dalam penataan gaya anda. Apabila kita bekerja dengan fesyen, jangan pernah lupa akan impak fesyen itu sendiri.

Ingatlah, kita berada di barisan hadapan fesyen, lakukan sesuatu yang boleh memberi kesan dan makna buat semua serta generasi mendatang. - Getaran, 8 September 2021

Semua gambar: Ardi Idewani Zaini

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

'Rumah’, Single Terbaharu Daripada Juara Indonesian Idol, Salma Salsabil

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Pelaburan Berpotensi Baharu Bernilai RM45.4 Bilion Dari Jerman - Tengku Zafrul

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

4

Ekonomi 2 minggu yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 52 minit yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN