web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gian Beli-Belah? 2 Pasar Raya Ini Tawar Khidmat Pandu Lalu!

Pavilion KL dan Da Men Mall mengambil pendekatan terbaharu untuk keselamatan anda sambil berbelanja sepanjang PKP 3.0 ini.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 12:59PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat si kaki shopping

Kini anda tidak perlu risau lagi dan boleh menikmati pengalaman membeli-belah dengan lebih selamat tanpa melanggar SOP di dua pasar raya terkenal, Pavilion KL dan Da Men Mall. 

Kedua-dua pasar raya ini menawarkan perkhidmatan pandu lalu, membolehkan anda membeli-belah dengan keadaan selamat dan selesa tanpa meninggalkan kereta.

Meminimakan interaksi sosial dan mempraktiskan penjarakan sosial selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) ini berlangsung, anda tidak hanya berjaya mengelak berjumpa dan bersesak dengan pelanggan lain, malah menjimatkan masa dan wang untuk penghantaran dalam talian. 

Perkhidmatan pandu lalu ini tersedia untuk pembelian dari kedai-kedai makanan dan minuman serta peruncitan terpilih yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP3.0 ini. Bayaran boleh dibuat secara atas talian, kad kredit/debit atau tunai tanpa sebarang caj tambahan. 

Mereka yang rindukan makanan-makanan istimewa dari restoran kegemaran di Pavilion KL bolehlah membuat prapesanan dari Grand Imperial Seafood Hot Pot, Illy Cafe, Harriston Chocolatier, Baskin Robbins, Calia, Rakuzen, D Empire, Hokkaido Ramen Santouka dan banyak lagi.

Manakala, Da Men Mall menawarkan makanan-makanan pratempahan dari restoran-restoran seperti Suki-ya, Juice Works, AroiThai, Autism Cafe Project, Ayam Penyet D’Kota, Malaysian Flavours, KFC, Morganfield’s, Coffee & Toast, Chan Meng Kee dan banyak lagi.

Kedua-dua pasar raya ini juga turut menawarkan perkhidmatan pandu lalu untuk sektor peruncitan dan farmasi seperti Shins, Caring Pharmacy dan Ritz Medical di Da Men Mall serta Focus Point, Zeiss Vision Centre dan Masterpiece@seen di Pavilion KL. 

 

Cara-cara membeli-belah secara pandu lalu

 

PAVILION KL

Pengalaman membeli-belah tidak pernah semudah ini. Untuk menyertai perkhidmatan pandu lalu ini, hanya pandu dan parkir kereta anda di Pintu Masuk Chulan (lihat peta).

  • Hubungi restoran atau peruncitan yang terlibat dan aturkan masa pengambilan pesanan antara jam 10 pagi sehingga 9 malam. Masa terakhir pesanan bergantung pada restoran.
  • Buat bayaran melalui dalam talian, kad kredit/debit atau tunai di lokasi.
  • Kongsikan nombor plat kereta dan nyatakan masa tepat untuk mengambil pesanan.
  • Pandu dan parkir di Pintu Masuk Chulan untuk mengambil pesanan (maksimum 5 minit waktu menunggu). 

 

DA MEN MALL

Sama seperti di Pavilion KL, hanya pandu dan parkir kereta anda untuk mengambil pesanan yang telah dibuat sebelumnya di dua pintu utama – Pintu Masuk A atau Pintu Masuk B (lihat peta).

  • Hubungi restoran atau peruncitan melalui aplikasi whatsapp atau laman sesawang rasmi.
  • Pesan makanan atau barangan antara waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
  • Buat bayaran melalui dalam talian, kad kredit/debit atau tunai di lokasi.
  • Kongsikan nombor plat kereta dan nyatakan masa tepat serta pintu masuk A atau B.
  • Pandu dan parkir di pintu masuk yang sudah dijanji untuk ambil pesanan (maksimum 10 minit waktu menunggu). 

Layari Pavilion KL dan Da Men Mall untuk maklumat lanjut. – Getaran, 1 Julai 2021

Semua gambar: Pavilion KL & Da Men Mall







 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

6 Tip Membeli-belah Dengan Selamat Dalam Talian

2

TARA 3 tahun yang lalu

Grand Bazaar Istanbul Wajib Dikunjungi Apabila Ke Istanbul

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Kebaya Berusia 100 Tahun, Antara Tarikan Karnival Kebaya Malaysia 2022

4

TARA 3 tahun yang lalu

2 Medan Selera Mesra Muslim Harus Anda Kunjungi Di Bangkok!

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 7 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN