web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebaya Berusia 100 Tahun, Antara Tarikan Karnival Kebaya Malaysia 2022

Karnival Kebaya Malaysia 2022 bakal menampilkan kebaya klasik dan moden dihasilkan pereka fesyen tempatan, selain penganjuran bengkel dan forum.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 10:02AM

Pengasas Miss Malaysia Kebaya, Nicole Fe Lynne (tengah) bersama Penganjur Miss Malaysia Kebaya, Dr Jason Hee (kiri) pada sidang media sempena pengumuman penganjuran Karnival Kebaya 2022 di sebuah hotel, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baju kebaya nyonya berusia lebih 100 tahun antara yang akan dipamerkan di Karnival Kebaya Malaysia 2022 bermula 15 Oktober ini di pusat beli-belah Da Men, Subang Jaya.

Penganjur Jason Hee berkata festival dua hari itu bertujuan mempromosi kebudayaan dan warisan Malaysia sekali gus menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata karnival itu juga bakal menampilkan kebaya klasik dan moden dihasilkan pereka fesyen tempatan, selain penganjuran bengkel dan forum. 

"Kita bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk persatuan dan individu yang menyimpan dan memulihara koleksi baju kebaya lama," katanya pada sidang media semalam. 

Beliau berkata festival itu turut diharapkan dapat mendidik dan mengingatkan semula masyarakat tentang keunikan tradisi Malaysia dan diadakan bersempena pertandingan Miss Malaysia Kebaya 2022 dijadualkan pada 30 Oktober ini.

Katanya, pendaftaran masih dibuka kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Hee berkata pertandingan Miss Malaysia Kebaya 2022 terbahagi kepada tujuh kategori melibatkan pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak dan remaja.

"Kita menilai keunikan dan kecantikan dalaman dan luaran wanita di Malaysia serta pakej lain untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi penganjur menerusi Facebook dan Instagram Miss Malaysia Kebaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Gaya Vogue Nabila Huda Mengenakan Baju Kebaya Di Tengah Kota New York, Dapat Pujian Netizen Dan Selebriti 

2

Budaya 3 tahun yang lalu

Malaysia Serah Pencalonan Bersama Berbilang Negara Bagi Kebaya Kepada UNESCO

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencalonan Bersama Kebaya Oleh Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand Ke UNESCO

4

TARA 4 tahun yang lalu

Datin Lee Menyerlah Lagi Hari Raya Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN