Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Serah Pencalonan Bersama Berbilang Negara Bagi Kebaya Kepada UNESCO

Menurut MOTAC, Kebaya menepati definisi elemen warisan budaya tidak ketara (ICH) kerana ia melibatkan kemahiran ketukangan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk membuat pakaian wanita tradisional ini.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 8:00AM

Kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional Kebaya ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity bagi tahun 2023.

Kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.

“Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand bersetuju secara bersama menghantar pencalonan pelbagai negara bagi Kebaya kepada UNESCO kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan sejarah kita bersama, memupuk persefahaman silang budaya, kekal dengan kewujudannya dan diamalkan secara aktif oleh banyak komuniti di seluruh Asia Tenggara,” kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya susulan konsensus untuk pencalonan berbilang negara, semua negara yang mengambil bahagian terlibat dalam beberapa siri mesyuarat kerja sejak awal 2022, dengan Malaysia menjadi tuan rumah bengkel fizikal pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Nov 2022, diikuti oleh bengkel kedua di Jakarta, Indonesia pada bulan Februari lepas.

“Dengan penglibatan pegawai kerajaan, pakar, dan wakil komuniti Kebaya dari semua negara yang mengambil bahagian, dokumen pencalonan Kebaya dikemas kini dan diperkemas mengikut format baharu oleh UNESCO.

“Bengkel terakhir yang diterajui Singapura dijalankan secara dalam talian bagi memuktamadkan dosir pencalonan pada Mac 2023,” katanya.

Menurut MOTAC, Kebaya menepati definisi elemen warisan budaya tidak ketara (ICH) kerana ia melibatkan kemahiran ketukangan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk membuat pakaian wanita tradisional ini.

“Kebaya juga dikaitkan dengan bentuk warisan budaya lain, seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti aktif pembuat dan pemakai Kebaya yang berkongsi dan menyampaikan ilmu serta nilai sosiobudaya Kebaya daripada satu generasi ke satu generasi berikutnya,” katanya.

MOTAC berkata langkah pencalonan pelbagai negara secara bersama akan memastikan bahawa Kebaya dilindungi menerusi pelaksanaan kursus dan bengkel formal, usaha promosi, serta usaha dokumentasi atau penyelidikan dengan sokongan negara pencalonan dan komuniti mereka.

“Kebaya memberi peluang kepada kita untuk mempromosi dan meraikan warisan budaya bersama yang terdapat di rantau Asia Tenggara ini,” menurut kenyataan itu.

MOTAC berkata keputusan pencalonan akan diputuskan semasa Sesi Ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara pada 2024. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 3 bulan yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

4

Budaya 4 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 9 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran