web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside Untuk Percutian Hujung Minggu

Sebagai penginapan yang serba-lengkap dan boleh dinikmati oleh semua, hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan yang memenuhi gaya hidup moden

Jelajah Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2025 5:24PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terletak di tepian Tasik Putrajaya, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside adalah pilihan ideal untuk mereka yang ingin merehatkan diri buat seketika, terutamanya di hujung minggu. 

Menjanjikan pengalaman penginapan bertaraf antarabangsa dengan sentuhan hospitaliti ikonik Hilton, percutian ke sini pasti tidak menghampakan. Dari saat ketibaan, tetamu disambut dengan layanan penuh mesra. Biskut cip coklat panas yang menjadi tanda alu-aluan eksklusif rangkaian hotel ini akan diserahkan ketika urusan daftar masuk. 

Bilik Selesa Dan Lengkap 

Bilik-bilik di sini menampilkan rekaan kontemporari dengan sentuhan elegan. Dilengkapi dengan pelbagai pilihan katil, meja kerja yang praktikal, televisyen skrin rata serta balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan indah sama ada ke arah tasik mahupun taman yang menghijau. 

Kamar mandi moden dengan pancuran hujan serta kelengkapan mandian premium memberikan pengalaman menyegarkan selepas seharian beraktiviti.

Sebagai penginapan yang serba-lengkap dan boleh dinikmati oleh semua, hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan yang memenuhi gaya hidup moden. Kolam renang infiniti dengan berlatar belakangkan Tasik Putrajaya pasti memanggil-manggil tetamu untuk berendam di sini, mahupun bersantai untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam.

Jika masih ada hati untuk bersenam, bawalah diri ke gimnasium yang dibuka 24 jam. Bagi yang datang bersama anak-anak, ada banyak aktiviti dan ruang permainan yang tersedia bagi memastikan masa terisi sebaiknya. 

Jangan lepaskan peluang bermain di kolam renang kanak-kanak yang turut dilengkapi dengan gelongsor untuk keseronokan maksimum.

Pengalaman Menjamu Selera

Bagi tetamu yang enggan keluar ke mana-mana untuk menjamu selera, anda boleh menjamu selera di Makan Kitchen yang merupakan ‘dapur utama’ DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Restoran ini menampilkan bufet mewah yang merangkumi masakan tempatan dan antarabangsa. 

Tetamu berpeluang menjelajahi pelbagai stesen sajian daripada keaslian hidangan Melayu, kehangatan rempah India, cita rasa hidangan Cina hinggalah hidangan Barat yang elegan. Pilihan pencuci mulut juga menarik. Ada kuih tradisional, kek, bubur serta aneka aiskrim potong yang mengamit memori.

Satu lagi lokasi menjamu selera yang boleh dicuba ialah The KOFFEE yang terletak di lobi hotel. The KOFFEE merupakan ruang santai untuk tetamu menikmati secawan kopi atau teh dalam suasana tenang sambil berbual-bual mesra.

Bagi yang inginkan sesuatu untuk dimakan, kafe ini menawarkan pilihan hidangan ringan serta set minum petang dengan menyelerakan.

Aktiviti & Tarikan Berhampiran

Lokasi hotel yang strategik di Putrajaya memberi akses mudah ke pelbagai tarikan ikonik:

• Putrajaya Lake Cruise – Nikmati pemandangan indah Putrajaya dari perspektif berbeza dengan pelayaran santai di atas tasik.

• Masjid Putra – Salah satu masjid paling terkenal di Malaysia dengan seni bina yang menakjubkan dan latar belakang tasik yang menawan.

• Taman Botani Putrajaya – Destinasi sempurna untuk pencinta alam, dengan koleksi flora tropika yang luas serta suasana hijau yang mendamaikan.

• Jambatan Seri Wawasan – Ikon seni bina moden Putrajaya yang indah untuk dilawati, terutama pada waktu malam apabila diterangi cahaya lampu.

Untuk maklumat lanjut tentang DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, anda boleh layari laman sesawang mereka di sini. - Getaran, 24 September 2025

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq