web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berkayak, Pandu ATV Antara Tarikan Yang Menanti Di Tanjung Rhu, Langkawi 

Berkayak dan pandu ATV di Tanjung Rhu, Langkawi beri pengalaman yang sedikit berbeza apabila berada di pulau Lagenda itu

Jelajah Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2025 7:22PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun berdepan pelbagai kritikan dari semasa ke semasa, Pulau Langkawi terus membuktikan keistimewaannya sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang menggemari percutian bertemakan alam dan pantai.

Keindahan semula jadi pulau ini bukan sekadar tarikan biasa, malah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilihnya sebagai Geopark pertama di Asia Tenggara.

Bagi yang bercadang ke Langkawi sempena cuti sekolah September ini, berikut adalah dua aktiviti popular yang boleh dicuba oleh pelawat untuk menikmati sisi Langkawi yang lebih unik dan menyeronokkan. 

Kedua-dua aktiviti ini tersedia di Tanjung Rhu.

1. Pengalaman ATV Di Pantai Tanjung Rhu

Aktiviti menunggang ATV mungkin bukan sesuatu yang asing, namun melakukannya di Pantai Tanjung Rhu memberikan satu pengalaman berbeza. 

Terletak di utara Langkawi, pantai ini terkenal dengan pasir putih yang halus, laut yang membiru serta pemandangan semula jadi yang memukau.

Pengunjung boleh memilih antara pakej santai yang membawa peserta menyusuri pesisir pantai atau memilih laluan mencabar yang merangkumi laluan hutan dan sungai. 

Pakej santai ini sesuai bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pantai dalam suasana tenang, manakala pakej lasak memberi peluang menjelajah kawasan terpencil termasuk melihat aktiviti nelayan tempatan.

Bergantung pada pakej, pengalaman menunggang ATV ini boleh mengambil masa sekitar satu hingga dua jam, dan pastinya memberi peluang untuk merakam memori indah sepanjang perjalanan.

Klook Malaysia turut menyenaraikan aktiviti ini sebagai salah satu tarikan mesti cuba di Langkawi. 

Untuk maklumat harga dan tempahan boleh semak di sini, ATV Ride di Tanjung Rhu – Klook Malaysia.

Sama ada ingin menikmati keindahan alam, mencuba aktiviti luar atau sekadar bersantai di tepi pantai, Langkawi pastinya tidak mengecewakan. Namun, anda perlu buat perancangan yang tepat, agar percutian tidak menghampakan. 

2. Berkayak Menelusuri Hutan Paya Bakau

Bagi pencinta alam, aktiviti berkayak di Langkawi menawarkan pengalaman luar biasa meneroka keindahan hutan paya bakau, terutamanya di kawasan Tanjung Rhu. 

Berbeza daripada aktiviti air biasa, berkayak di sini membawa peserta menyusuri sungai-sungai kecil yang tersembunyi jauh dari laluan pelancong.

Tersedia untuk sesi pagi atau petang, pengalaman ini bukan sahaja menenangkan malah membolehkan peserta mendekati keunikan flora dan fauna termasuk burung helang, burung raja udang, biawak serta pelbagai tumbuhan paya bakau.

Walaupun aktiviti ini memerlukan stamina kerana mengambil masa dua jam atau lebih, ia tetap sesuai untuk semua peringkat Kemahiran, daripada pemula hingga mahir. 

Menariknya, kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh menyertai aktiviti ini bersama penjaga. Ia bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi cara pendidikan alam yang menyeronokkan buat seisi keluarga.

Tidak perlu terlalu gusar tentang keselamatan, kerana pakej yang tersedia dilindungi oleh insurans, lebih-lebih lagi jika tempatan dibuat melalui platform Klook Malaysia. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut anda boleh lihat pautan ini, Mangrove Kayaking Tour – Klook Malaysia. - Getaran, 28 Ogos 2025

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq