web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Bulan Madu Ke Hanoi? Terbanglah Dengan VietJet!

Hanoi lebih mesra poket, malah anda boleh nikmati layanan ‘VIP’ dengan VietJet

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2025 2:36PM

Jambatan merah ini antara lokasi wajib untuk bergambar di Hanoi

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membaca tajuk artikel ini mungkin ada yang tidak setuju. Maklumlah, Hanoi bukanlah destinasi cinta seperti Kota London, Paris, Bali atau Phuket.

Tetapi percayalah, bandar yang terletak di negara Indo-China ini punya sisi yang tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi jika anda ke sini pada musim sejuk bermula Disember hingga Mac. Tak kenal, maka tak cinta. 

Paling penting, Hanoi menjanjikan elemen romantik buat pasangan yang ingin berbulan madu ke sini.

Old Hanoi
Old Hanoi

Mengapa begitu? Ini kerana Hanoi punya warisan sejarah yang menyuntik suasana Eropah kerana ia pernah menjadi wilayah jajahan Perancis pada abad ke 19. 

Banyak bangunan-bangunan kolonial yang menjanjikan latar belakang menarik untuk anda merakam memori bersama pasangan. Satu lagi sebab untuk memilih Hanoi untuk berbulan madu ialah, bajet yang diperlukan untuk tiket penerbangan juga tidak terlalu membebankan. Maklumlah, sudah banyak wang dibelanjakan untuk majlis perkahwinan.

Salah satu cara untuk mendapatkan tambang ‘mesra poket’ ialah dengan membeli tiket daripada VietJet. 

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Vietnam ini telah melancarkan penerbangan Kuala Lumpur – Hanoi – Kuala Lumpur bermula 28 November 2024 dengan tujuh perjalanan pergi dan balik mingguan.

Laluan ini merupakan perkhidmatan kedua Vietjet yang menghubungkan Malaysia dan Vietnam, selain daripada laluan Kuala Lumpur–Ho Chi Minh City yang dilancarkan pada tahun 2016. 

Seperti yang dijelaskan pada awal-awal tadi, VietJet turut menawarkan layanan VIP untuk penumpang yang idamkan layanan eksklusif, jadi pasangan yang mahu berbulan madu boleh bayar ‘ekstra’ untuk tiket layanan ‘SkyBoss’. 

Tiket SkyBoss menawarkan akses kepada pelbagai kemudahan serta perkhidmatan terbaik sepanjang proses penerbangan.

Biarpun tidak sehebat perkhidmatan syarikat penerbangan layanan penuh (full service airlines), tetapi ia berbaloi dan anda akan menikmati perjalanan yang menggembirakan. 

Penumpang SkyBoss diberi peluang mendaftar masuk di kaunter pendaftaran khas tanpa perlu beratur panjang. Selain itu, penumpang juga boleh membawa bagasi dengan berat sehingga 30 kilogram selain beg 10 kilogram yang boleh dibawa naik untuk tiap penumpang.

Hanoi City
Hanoi City

Selepas mendaftar masuk, penumpang boleh menghabiskan waktu di ruang tamu khas atau ‘lounge VIP’ lapangan terbang sementara menunggu panggilan masuk ke pesawat. Layanan demi layanan akan terus dinikmati sepanjang penerbangan, dan percayalah anda dan pasangan akan mencipta kenangan bulan madu yang sukar dilupakan. 

Jangan lupa memesan apa sahaja makanan serta minuman yang dimahukan dalam pesawat kerana ia tersedia tanpa had untuk penumpang yang bergelar SkyBoss! 

Biarpun bukan semua makanan dan minumannya halal, namun ada pilihan menu sayuran dan makanan laut Bahkan, penerbangan dari dan ke Malaysia mempunyai hidangan nasi lemak yang disahkan halal.

Merakam Memori Di Kota Hanoi

Tasik Hoan Kiem adalah titik tumpuan Kota Hanoi. Ia adalah tempat yang popular untuk pasangan bertemu dan berbual-bual terutama di hujung minggu. Lokasi ini juga popular di kalangan pengantin baharu yang mahu merakam memori di hari istimewa mereka. 

Tasik Hoan Kiem
Tasik Hoan Kiem

Turtle Tower di tengah-tengah tasik adalah latar belakang  yang mesti ada di dalam kebanyakan foto perkahwinan Vietnam. Jadi, ambil peluang yang ada untuk anda dan pasangan anda pula bergambar kenangan di sini. 

Satu lagi sudut fotografi yang popular di tasik ini ialah jambatan merah di Kuil Ngoc Son. Jambatan ini tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelancong. 

Selain itu, jangan lupa panjangkan langkah ke tarikan popular Hanoi iaitu Train Street memandangkan ia telah dibuka semula selepas ditutup kepada orang ramai pada tahun 2019. 

Train Street di Hanoi
Train Street di Hanoi

Lokasi hotspot untuk pengguna sosial media itu terletak di kawasan Old Quarter, di mana di kiri dan kanan rel dipenuhi kedai cenderamata, kafe dan bar yang memberi peluang pelancong untuk melihat kereta api meluncur laju melintasi jalan sempit ini.

Gunakan kesempatan yang ada dengan memesan secawan Kopi Telur Hanoi yang merupakan minuman kopi khas dari Hanoi yang terkenal dengan rasa yang unik dan berkrim. 

Kopi Telur
Kopi Telur

Kopi ini dibuat dengan mencampurkan kopi Vietnam yang kuat dengan kuning telur yang telah dipukul bersama susu pekat manis dan sedikit gula, menghasilkan rasa yang kaya, lembut, dan sedikit manis. Percayalah, penggemar kopi pasti tertawan.

Jika punya masa, luangkan sehari dua ke Halong Bay untuk merakam foto-foto menarik bersama pasangan. Terletak 180 kilometer di utara Hanoi, perjalanan ke Halong Bay mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai. Biarpun memenatkan, ia berbaloi kerana tapak warisan dunia ini menawarkan landskap alam memukau. 

Ratusan kapal besar dan bot nelayan yang keluar masuk ke Halong Bay atau Teluk Naga memberikan pemandangan pelabuhan silam. Kehadiran kapal-kapal layar kayu berwarna coklat seakan-akan membawa pengunjung kembali ke era dahulu. 

Teluk Halong
Teluk Halong

Terdapat 1,969 pulau batu kapur yang bertaburan di Halong Bay di mana kebanyakannya belum dicemari oleh pembangunan. Paling terkenal ialah Gua Hang Dou atau Grotte des Merveilles yang diterokai oleh warga Perancis pada abad ke-19. 

Pilih Hotel Yang Menjanjikan Penginapan Selesa

Bagi memastikan trip bulan madu anda melakar detik-detik manis, hotel penginapan merupakan satu perkara yang jangan sekali-kali diabaikan. 

Pilih hotel yang sesuai dengan bajet dan dirasakan mampu memberikan pengalaman menggembirakan. 

Salah satu penginapan yang ideal ialah Somerset Grand Hanoi. Ia merupakan sebuah hotel dan apartment servis yang terletak di pusat kota Hanoi, Vietnam. 

Terkenal dengan kemudahan yang lengkap dan layanan terbaik, Somerset Grand Hanoi menawarkan pilihan penginapan untuk tetamu yang menginginkan keselesaan sepanjang tempoh percutian.

Setiap penginapan tampil dengan gaya moden, dilengkapi dengan kabinet dapur yang lengkap dengan tempat memasak, ketuhar gelombang mikro dan juga peti sejuk, ia juga menyediakan berbagai fasiliti tambahan seperti kolam renang,pusat kecergasan, dan restoran.

Lokasinya yang strategik, memudahkan tetamu untuk melawati berbagai tempat menarik di Hanoi. - Getaran, 22 Februari 2025

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang