Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penghujung Borneo Permata Tersembunyi Di Kudat, Sabah

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 12:09PM

Terletak di titik paling hujung Borneo, Tanjung Simpang Mengayau di Kudat, Sabah dikenali Penghujung Borneo, Tanduk Sabah atau Tip of Borneo adalah 'permata tersembunyi' perlu dilawati pelancong ke Negeri di Bawah Bayu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Terletak di titik paling hujung Borneo, Tanjung Simpang Mengayau di sini dikenali 'Penghujung Borneo' atau 'Tanduk Sabah' dalam kalangan orang tempatan, dan 'Tip of Borneo' dalam kalangan pelancong luar adalah 'permata tersembunyi' yang perlu dilawati pelancong ke Sabah.

Pemandu pelancong, Taty Ilyana Md Ali, 31, berkata, apa yang istimewanya mengenai Tanjung Simpang Mengayau adalah ia merupakan kawasan dataran paling hujung di utara Borneo, terletak kira-kira 200 kilometer utara dari Kota Kinabalu dalam perjalanan antara tiga hingga empat jam.

"la juga merupakan titik pertemuan antara Laut China Selatan di sebelah Barat, dan Laut Sulu di sebelah Timur malah pelancong boleh melihat sendiri permandangan matahari 'jatuh' di horizon laut kebiruan yang amat indah.

"Jika kita tengok dalam peta Borneo ini ada seakan-akan tanduk di hujung utara Sabah itulah dia Tanjung Simpang Mengayau ini, kerana itu orang sini (tempatan) gelar dia Tanduk Borneo. Zaman dahulu pelaut suka jadikan kawasan ini tempat pendaratan dan persinggahan kerana lokasinya strategik," katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, lebih 100 orang pelancong sebulan dibawanya, meskipun lokasinya yang jauh dari Kota Kinabalu dan laluan yang agak mencabar.

Bagaimanapun, beliau berkata, fasiliti pelancongan yang telah selesai dinaik taraf sekitar pertengahan tahun lalu oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) antaranya kawasan pejalan kaki dan platform lebih selamat memberikan ruang yang lebih baik untuk pelancong menikmati keindahan kawasan itu.

Pada bulan lalu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, kerajaan Sabah menyasarkan kedatangan 3 juta pelancong tahun ini dengan industri pelancongan Sabah semakin berkembang menerusi kedatangan 2.5 juta pelancong, menjana RM4.6 bilion tahun lalu.

Yun Eun Ae, 43, pelancong dari Incheon, Korea Selatan berkata, dia mengetahui mengenai Tanjung Simpang Mangayau, sekitar dua tahun lalu apabila merancang perjalanan ke Sabah untuk rehat minda yang amat diperlukan selepas melalui tempoh yang meletihkan sepanjang penularan wabak COVID-19.

"Saya seorang ahli farmasi jadi anda boleh bayangkan betapa sibuknya hidup saya ketika itu apabila COVID-19 melanda, jadi saya ingin melancong ke tempat dengan persekitaran semula jadi yang indah, dan sudah tentu Sabah adalah satu daripada destinasi terbaik di Asia dan saya suka mencari permata tersembunyi, maka dari situlah saya terjumpa Tip of Borneo melalui carian di Internet.

"Gambar-gambar di Internet tidak sama dengan keindahan sebenar di sini. Laut yang biru, pantai yang memutih serta hospitaliti penduduk Sabah di sini sungguh mengagumkan.

"Sangat suka di sini. Amat berbaloi melalui perjalanan yang mencabar untuk ke sini, dan benar-benar dapat rehat minda, jiwa dan raga saya apabila berada di sini," katanya.

Eun Ae yang kini sedang bercuti seminggu ke Sabah bersama suami dan akan berlepas ke Thailand minggu depan untuk melawat lebih banyak pantai yang indah.

"Namun begitu, keindahan laut, pantai dan alam semula jadi di Tanjung Simpang Mangayau adalah sukar untuk ditandingi," katanya.

Mohd Khairul Mohd Bakri, 25, jurujual dari Baling, Kedah berkata, beliau mengunjungi Tanjung Sompang Mengayau bersama tiga rakannya untuk aktiviti memancing dan kawasan itu adalah sebuah 'permata tersembunyi' di Sabah untuk 'kaki pancing' termasuk untuk aktiviti menyelam skuba.

"Kawasan ini jadi pilihan kaki pancing kerana pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu jadi mahu memancing itu ada cabaran dan keistimewaan sendiri seperti kena pandai baca laut. Ikan juga amat istimewa tidak jumpa di Semenanjung antaranya baulu, uji rashid, pisang-pisang dan kutambak," katanya.

Beliau berkata, produk pelancongan seperti makanan laut di Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu di Ranau dan pemuliharaan Orang Utan di Sepilok sering menjadi pilihan, namun pelancong tidak seharusnya melupakan permata tersembunyi Sabah seperti Tanjung Simpang Mengayau bagi memberi kelainan dalam perjalanan mereka.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Mengayau Laut Sabaruddin Pahtani, 51, berkata, nama asal kawasan itu adalah Sampang Mengazou dalam bahasa etnik Rungus membawa maksud simpang pertempuran.

"Sini jadi tumpuan pertempuran, berlawan banyak dengan lanun kerana kawasan strategik antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.

"Kawasan laluan kapal dan sumber laut amat banyak, selain sumber semula jadi darat daripada kawasan lain," katanya.

Beliau berkata, kawasan itu telah banyak berubah hasil usaha kerajaan Persekutuan dan negeri bekerjasama mempromosi dan menaik taraf fasiliti kawasan itu, namun usaha itu agak terkekang akibat kemudahan jalan raya yang tidak begitu baik untuk menempuh perjalanan jauh terutama dari Kota Kinabalu.

"Lebuhraya Pan Borneo antara Kota Kinabalu ke Kudat harapan kita untuk pelancong terus sampai ke Simpang Mengayau. Lebuh raya selesa lebih ramai pelancong ke kawasan ini, seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk setempat boleh berniaga dan dapat peluang pekerjaan," katanya.

Laluan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,236 km dilaksanakan dalam tiga fasa, Fasa 1 projek itu dengan jarak 706 kilometer melibatkan laluan Sindumin-Kota Kinabalu-Kudat, Ranau-Batu 32 Sandakan dan Batu 32 Sandakan-Tawau.

Bulan lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, empat pakej kerja Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah iaitu Jalan Papar Donggongon, Jalan Tawau-Semporna, Jalan Bipas Lahad Datu dan Jalan Kampung Lot M - Batu 32 Sandakan telah disiapkan setakat 31 Disember tahun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Semasa 1 minggu yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara