web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rebut Tambang RM88 ke Almaty, Kazakhstan Hari Ini Sahaja 

Tambang promosi oleh AirAsia X ini untuk perjalanan sehala termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkenaan

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 11:59AM

Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan bermula 14 Mac nanti, syarikat penerbangan ini menawarkan tawaran menakjubkan ke Almaty dengan tambang promosi bermula RM88 termasuk semua* sehala.

Jualan terhad ini bermula hari ini dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang nanti (waktu Malaysia) selama lapan jam secara eksklusif, tertakluk kepada tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk.

Kawasan pergunungan di Almaty
Kawasan pergunungan di Almaty

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, syarikat penerbangan terbabit berbesar hati menawarkan tambang menakjubkan ke Almaty kepada pengembara untuk menerokai bandar yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah, landskap mempesonakan, dan kepelbagaian budaya.

“Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada para tetamu, termasuk ke destinasi-destinasi menarik seperti Almaty.

“Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. Kami akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat melancong dengan tambang menakjubkan pada masa akan datang," ujarnya.

Tambang promosi kini boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober.

Tasik indah memukau di Almaty
Tasik indah memukau di Almaty

Almaty terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau merupakan destinasi unik antara dunia moden dan tradisional serta menawarkan pengalaman pelancongan baharu. Selain pelbagai pusat dan bangunan unik, keindahan alam semula jadi dan kulinari melazatkan, Almaty menawarkan tarikan menakjubkan seperti Zenkov Cathedral, arena ski di kawasan pergunungan dan banyak lagi untuk semua.

Penerbangan ke Almaty dijadual pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad pada jam 12:50 tengah hari. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur juga pada hari yang sama pada jam 8.05 malam.

Untuk makluman, untuk 2024, warganegara Malaysia tidak memerlukan visa pelancong apabila jika ingin bercuti ke Kazakhstan. Pemegang pasport Malaysia boleh tinggal di Kazakhstan untuk tempoh yang singkat sehingga selama 30 hari. - Getaran, 16 Februari 2024

Foto : AirAsia

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsesi ERL Dilanjutkan 30 Tahun, Tambang Ditentukan Ikut Pasaran Bermula Hari Ini

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

AirAsia X Lancar Semula Empat Penerbangan Mingguan Ke Amritsar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Tiket Ke Tawau Didakwa RM3,138 Sehala, ‘Syarikat Penerbangan, Tolonglah…’

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

AirAsia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia