web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia X Lancar Semula Empat Penerbangan Mingguan Ke Amritsar

Mulai 3 September hadapan, AirAsia akan membawa pengembara terbang ke Amritsar dengan kekerapan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 6:00PM

Kuil Emas di Amritsar - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin hari semakin bertambah pilihan destinasi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan AirAsia bagi membolehkan sesiapa sahaja terbang ke destinasi idaman. Terbaharu, AirAsia X (AAX) terus mengembangkan rangkaian jarak sederhananya dengan pelancaran semula perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Amritsar di India Utara.

Mulai 3 September hadapan, perkhidmatan empat kali seminggu ini akan menawarkan akses kepada pengembara untuk ke Amritsar, destinasi yang mempunyai potensi besar dari segi keagamaan, tarikan pelancongan, peluang komersial dan juga prospek perdagangan.

Sebagai destinasi keduanya ke India selepas New Delhi, laluan ini akan menyediakan kapasiti tahunan sebanyak 157,263 tempat duduk di antara Kuala Lumpur dan Amritsar untuk AAX.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, Amritsar menyediakan tarikan yang besar dari segi budaya dan keagamaan dan laluan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengembara di rantau ini untuk melawat bandar suci, malah membolehkan penduduk Amritsar untuk melawat destinasi percutian yang menakjubkan.

Jallianwala Bagh - Gambar Unsplash
Jallianwala Bagh - Gambar Unsplash

“Kami berbesar hati untuk memulakan semula perkhidmatan terus ke Amritsar, sebuah destinasi yang terkenal dengan tarikan Kuil Emas. Amritsar menyediakan tarikan yang besar dari segi budaya dan keagamaan dan laluan ini bukan sudah pasti memberi peluang kepada para tetamu kami di rantau ini untuk melawat bandar suci itu dengan tambang berpatutan.”

“Malah, ia juga membuka jalan untuk penduduk Amritsar melawat destinasi percutian yang menakjubkan dengan tambang bernilai terbaik termasuk ke Perth, Melbourne, Bali, Bangkok dan banyak lagi dengan perkhidmatan Fly-Thru kami.”

“Pelancaran semula laluan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memperkukuh kedudukan AAX di Asia Selatan, dan melengkapkan rangkaian besar kami di Asia Utara. Kami optimis bahawa pelancaran semula laluan ini bukan sahaja akan meningkatkan tawaran destinasi jarak sederhana kami dengan tambang berpatutan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan secara keseluruhan,” ujar beliau.

Sempena meraikan pelancaran semula laluan ini, AAX menawarkan tambang termasuk semua caj yang berharga daripada RM299* sehala untuk tempat duduk ekonomi, dan RM999* sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed. 

Gambar ihsan AirAsia X
Gambar ihsan AirAsia X

Selain itu, tetamu yang menempah perjalanan ke/dari Amritsar juga akan menikmati diskaun 50 peratus untuk bagasi daftar masuk apabila mereka membuat tempahan bermula sehingga 2 Julai 2023, untuk tempoh perjalanan di antara 3 September 2023 sehingga 30 Mac 2024.

Amritsar ialah salah satu destinasi popular di Punjab di bahagian barat laut India, yang masih mempunyai sambungan terhad dari rantau Asia Pasifik. Bandar ini juga mempunyai tarikan kuil Sikh suci, Harmandir Sahib (Kuil Emas), dan mempunyai banyak monumen bersejarah termasuk Jallianwala Bagh, Sempadan Wagah dan Kubu Gobindgarh.

Penerbangan dari Kuala Lumpur akan menggunakan nombor penerbangan D7188 dengan jadual penerbangan pada jam 7.35 pagi pada setiap Isnin dan Selasa. Manakala, penerbangan pada Rabu dan Jumaat, ia dijadualkan pada jam 8.25 malam.

Penerbangan dari Amritsar ke Kuala Lumpur pula akan menggunakan kod D7189. Pada Isnin dan Ahad, waktu perlepasan ditetapkan pada 12.30 tengah hari dan penerbangan pada Khamis dan Sabtu pada jam 1.00 pagi. - Getaran, 20 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 50 minit yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN