web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Tawar Tambang Istimewa, Serendah RM79 Sehala

Syarikat penerbangan kebanggaan negara menjemput pengembara merancang perjalanan lebih awal dengan tambang istimewa

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 8:15AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik untuk si jetsetter, syarikat penerbangan nasional Malaysia, Malaysia Airlines kini mengadakan promosi tambang Istimewa bagi tempoh perjalanan sehingga  30 November ini. 

Sama ada perjalanan untuk bekerja, pengembaraan solo atau percutian keluarga untuk menghabiskan masa bersama insan terrsayang, anda boleh mula merancangnya sekarang dan manfaatkan tawaran eksklusif, The Malaysia Airlines Holiday Special.

Dengan tambang serendah RM79 sehala untuk kelas ekonomi dan RM408 sehala untuk kelas perniagaan ke destinasi pilihan, jadual pengembaraan anda bagi 2024 ini pasti akan bertambah. 

Buat permulaan, mungkin anda boleh rancang perjalanan ke destinasi dalam Malaysia yang popular seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Johor Bahru. Destinasi yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan makanan enak ini tidak pernah menjemukan biarpun sudah saban kali dijejaki. Ada sahaja ‘sesuatu’ yang baru menanti.

Menjenguk ke laman web mereka, tambang sehala paling rendah ditawarkan untuk ke Pulau Pinang dan Langkawi adalah RM89 (sehala), manakala Johor Bahru RM79 (sehala). Bagaimanapun, tambang ini belum termasuk cukai dan lain-lain kos pentadbiran.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa untuk tambang Istimewa ini anda hanya dibenarkan mendaftar masuk beg yang beratnya tidak melebihi 10 kilogram, selain hanya dibenarkan membawa beg tidak melebihi 7 kilogram ke dalam kabin.

Menjenguk ke destinasi antarabangsa, ada banyak juga yang menanti seperti Tokyo, Bangkok, Phuket, dan London. Tambang untuk ke Tokyo boleh didapati pada harga serendah RM1,435 (sehala) untuk kelas ekonomi dan RM3,455 untuk kelas perniagaan. Sementara untuk ke London, tambang  paling murah adalah RM1,337 sehala untuk kelas ekonomi dan RM5,696 untuk kelas perniagaan. 

Bagi yang suka menikmati makanan Thai, bolehlah ke Phuket atau Bangkok dengan tambang sehala serendah RM279 dan RM369. Sekali lagi diingatkan harga ini tidak termasuk cukai dan caj perkhidmatan lain serta tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan pencarian destinasi idaman sekarang dan kunjungi laman web Malaysia Airlines untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan. Tempah sebelum 26 Februari 2024 dan lakukan perjalanan dari sekarang hingga 30 November 2024. – Getaran, 15 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAS Sahkan Masalah Enjin Punca MH199 Lakukan Pendaratan Kecemasan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alami Kerosakan Enjin, Pesawat MAS Buat Pendaratan Kecemasan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia