web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Replika Naga Seberat 200kg Jadi Tarikan Istimewa Tahun Baharu Cina Di Arau

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 8:25AM

Replika naga jadi tarikan di Arau sempena sambutan Tahun Baharu Cina. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Replika naga seberat 200 kilogram (kg) akan menjadi tarikan istimewa di Karnival Tahun Baharu Cina, Arau yang akan bermula pada 2 hingga 4 Februari nanti sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024 yang dihasilkan sukarelawan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis.

Naib Presiden dewan perniagaan itu, Ng Ban Hock berkata, 20 sukarelawan terlibat menyiapkan replika naga berukuran 20 meter panjang dan 3.6 meter tinggi itu, dengan gerak kerja pembinaannya bermula sejak Oktober lalu lagi, dan ia dijangka siap akhir bulan ini.

"Kami memilih untuk hasilkan sendiri replika naga ini kerana jika ingin membelinya dari luar ia memakan kos lebih RM30,000, oleh itu kami bekerjasama di waktu lapang untuk hasilkan sendiri replika naga yang hanya menelan kos bahan lebih RM 10,000," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam semalam.

Ng berkata, sukarelawan yang mempunyai masa terluang akan datang ke pekarangan pejabat dewan perniagaan itu di sini untuk menyiapkan replika naga berkenaan bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam setiap hari.

Beliau berkata, pihaknya menghasilkan replika arnab pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun lalu dan mengharapkan kewujudan replika naga itu pada tahun ini akan memeriahkan serta memberikan kegembiraan kepada mereka yang menyambut perayaan itu.

Sementara itu, Pengerusi Karnival Tahun Baharu Cina di Pekan Lama Arau itu, Tay Tun Lian berkata, orang ramai boleh memeriahkan suasana Karnival Tahun Baharu Cina itu dengan mengambil gambar bersama replika naga itu yang akan dipamerkan di tepi sungai di Pekan Lama Arau nanti.

"Karnival ini akan bermula dari 2 hingga 4 Februari, manakala replika naga ini akan terus diletakkan di situ sebagai tarikan baharu kepada orang ramai," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia