web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keindahan Alam Semula Tarikan Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer di sini menjadi destinasi terbaik bagi aktiviti riadah bersama keluarga sambil menikmati suasana tenang dengan keindahan alam semula jadi untuk penduduk tempatan mahupun pengunjung yang bercuti ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Terletak di Sungai Batu Pahat iaitu kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar Kangar, destinasi itu juga memiliki daya tarikan tersendiri antaranya rimba herba Perlis dan kolam untuk pengunjung mandi-manda, selain aktiviti lasak seperti All Terrain Vehicle (ATV) serta merentas hutan.

Pengunjung beriadah dalam Geotapak Eko RImba Bukit Ayer. - gambar BERNAMA
Pengunjung beriadah dalam Geotapak Eko RImba Bukit Ayer. - gambar BERNAMA

Tinjauan Bernama di Geotapak Eko Rimba sempena bermulanya Tahun Melawat Perlis semalam mendapati orang ramai mengambil kesempatan membawa keluarga untuk mandi-manda secara percuma di kolam semula jadi, manakala bayaran RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak serta percuma kepada kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah di kolam buatan.

Pengunjung, Toyibah Abdullah, 30, dari Kluang, Johor, berkata dia bersama keluarga bercuti ke Perlis sejak seminggu lepas dan pertama kali datang ke Geotapak Eko Rimba.

"Bagi saya alam semula jadi di sini sangat menarik tidak sama seperti tempat lain, ia juga dilengkapi kemudahan seperti surau, tandas dan bilik mandi selain terdapat peniaga makanan yang harga jualan mereka amat berpatutan," katanya kepada Bernama.

Bagi penduduk tempatan, Sharina Mat, 52, dari Kangar berkata kawasan Geotapak EkoRimba itu kini lebih baik berbanding dahulu dengan dilengkapi pelbagai kemudahan asas dan mesra pengguna.

"Saya sering datang ke sini bersama keluarga sejak 1982, dan banyak perubahan berbanding dulu terutama dari segi kemudahan asas yang lebih baik untuk orang ramai meluangkan masa dan beriadah dalam keadaan selesa," katanya.

Sementara itu, Pegawai Hutan Daerah Perlis Selatan Mohd Zohdi Shihabuddin berkata aktiviti menarik lain bakal ditawarkan kepada pengunjung di Geotapak Eko Rimba ialah kemudahan 'glamping' bermula pertengahan Januari ini.

Mengenai kolam buatan pula, beliau berkata pihak Jabatan Perhutanan Perlis mengambil inisiatif membina kolam itu yang dilancarkan pada awal 2022 untuk merancakkan lagi aktiviti riadah orang ramai.

Pengunjung memanfaatkan air dari sumber semula jadi untuk mandi manda. - gambar BERNAMA
Pengunjung memanfaatkan air dari sumber semula jadi untuk mandi manda. - gambar BERNAMA

"Dulu hanya ada kolam semula jadi yang airnya berpunca dari Bukit Ayer, tetapi disebabkan ada waktu tertentu air dari bukit tidak ada, jadi kami mengambil langkah membina kolam yang dikhaskan untuk orang dewasa dan kanak-kanak untuk mandi-manda," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia