web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksplorasi Seni Beri Lebih Pendedahan, Bantu Promosi Pulau Pasir Di Langkawi

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 8:21AM

gambar FB Balai Seni Negara Langkawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Selepas lebih setahun pelbagai arca dasar laut (ADL) berkonsepkan mitos serta legenda dilabuhkan ke dasar laut di Pulau Pasir di Langkawi, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) menerusi Cawangan Langkawi melakukan kunjungan semula ke pulau itu dengan menganjurkan Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir pada Jumaat dan Sabtu lalu. 

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Balai Seni Negara, program LPVSN bersama Persatuan Komuniti Nelayan Pengkalan Kubang Badak yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad itu bermatlamat untuk memberi lebih banyak pendedahan serta mempromosikan Pulau Pasir sebagai destinasi pelancongan di Langkawi.

Balai Seni Negara berkata, aktiviti sedemikian juga mampu mewujudkan pengalaman seni kepada komuniti serta pelancong yang mengunjunginya, di samping turut menitikberatkan kelestarian ekosistem dan hidupan marin.

Kenyataan itu memaklumkan pengisian utama program itu adalah 'Seni di Jeti', pendekatan baharu Balai Seni Negara Cawangan Langkawi dalam menyemarakkan seni dengan menjadikan setiap jeti mempunyai identiti dan keunikan hasil seni yang tersendiri. 

Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir itu turut melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat menerusi penganjuran pertandingan memancing, persembahan kebudayaan dan pertandingan mewarna kanak-kanak bertemakan keindahan Pulau Pasir serta aktiviti gotong-royong.

Balai Seni Negara Cawangan Langkawi berharap supaya program itu dapat meluaskan lagi aktiviti kesenian di Pulau Langkawi, sekali gus memberi sumbangan positif kepada kelestarian alam dan ekosistem marin seterusnya menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa. 

Turut hadir pada program itu, Ahli Lembaga Pengarah LPSVN, Fauzan Omar dan Pengarah Balai Seni Negara Langkawi, Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar. 

Sebanyak 14 arca yang dihasilkan sembilan seniman tempatan, telah dilabuhkan di sekitar Pulau Pasir pada Jun tahun lalu.

Ia sebahagian daripada Pelancongan Berasaskan Komuniti (PBK) yang dianjurkan Balai Seni Negara  dalam usaha memperkasakan ekosistem seni serta pelancongan negara, dan ADL itu turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai arca dalam air yang terbanyak.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program itu boleh melayari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara Cawangan Langkawi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia