web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 40 Aktiviti Di Xporia Sains 2023, Sasar 40,000 Pengunjung

Program berkonsepkan festival diharap mampu meningkatkan literasi sains dalam kalangan masyarakat

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 4:39PM

Pengunjung cilik teruja melakukan aktiviti interaktif yang terdapat di Pusat Sains Negara. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Sains Negara (PSN) menyasarkan kehadiran 40,000 pengunjung sempena program Xporia Sains 2023 yang berlangsung di PSN Kuala Lumpur di sini dan PSN Wilayah Utara di Alor Setar, Kedah mulai hari ini hingga Isnin (18 Disember).

Pengarah PSN, Mohammad Fuad Rahman berkata, lebih 40 aktiviti berkonsepkan sains ditawarkan kepada pengunjung bagi merasai pengalaman yang mengujakan di PSN bersama seisi keluarga sempena cuti sekolah kali ini.

Beliau berkata, Xporia Sains 2023 dikenali sebagai PSN SciFest adalah acara kemuncak tahunan PSN yang diadakan di dua PSN itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim (kanan) sempat bergambar dengan watak animasi Mechamato, Amato pada majlis perasmian Xporia Sains di Pusat Sains Negara hari ini. gambar BERNAMA
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim (kanan) sempat bergambar dengan watak animasi Mechamato, Amato pada majlis perasmian Xporia Sains di Pusat Sains Negara hari ini. gambar BERNAMA

"Program berkonsepkan festival ini adalah satu penghargaan kepada penglibatan masyarakat terhadap program yang telah dilaksanakan di PSN.

"Kita mengharapkan agar segala usaha pembudayaan sains yang telah dijalankan mampu meningkatkan literasi sains dalam kalangan masyarakat," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian program itu, yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Aminuddin Hassim di PSN Kuala Lumpur hari ini.

Antara aktiviti yang disediakan dalam program Xporia Sains 2023 adalah Ceritera Sebalik Radas, Garaj Robot, Momentum Extreme, Solusi Sains, Sains Situ Sana Sini, Zon Teknofutura, Sukaneka Sains, Sudut e-Sport dan penampilan khas bersama maskot Mechamato.

Sementara itu, Aminuddin berharap Xporia Sains 2023 dapat memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan serta inspirasi kepada masyarakat untuk meminati dan seterusnya menceburi bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).

"Kita berharap program ini akan menjadi pencetus bagi mencungkil lebih ramai bakat dan kreativiti dalam STI kerana mereka (pengunjung) boleh bermain dan berseronok dengan sains," katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, seramai 1.2 juta orang telah mengunjungi PSN Kuala Lumpur dan PSN Wilayah Utara sehingga 31 November lalu.

Beliau berkata, peningkatan jumlah itu selaras dengan inisiatif dan pengumuman Kementerian Pendidikan  (KPM) yang menggalakkan sekolah menganjurkan lawatan pendidikan sebagai sebahagian daripada pengukuhan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim (tujuh, kiri) bergambar bersama penerima Sijil Penghargaan Rakan Kerjasama bersama Pusat Sains Negara (PSN) pada Majlis Perasmian Xporia Sains di PSN hari ini. gambar BERNAMA
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim (tujuh, kiri) bergambar bersama penerima Sijil Penghargaan Rakan Kerjasama bersama Pusat Sains Negara (PSN) pada Majlis Perasmian Xporia Sains di PSN hari ini. gambar BERNAMA

"Sambutan kunjungan yang ramai adalah satu indikator positif yang menunjukkan keberhasilan implementasi dan relevansi inisiatif program STI yang dilaksanakan oleh PSN," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaluddin yang turut hadir pada majlis itu berkata, sebagai rakan kerjasama strategik, agensi itu akan terus mendukung apa jua usaha yang dilaksanakan PSN sebagai usaha memajukan lagi masyarakat dalam bidang STI.

"Alhamdulillah, kami berterima kasih kepada MOSTI khususnya PSN kerana memberi kami penghargaan besar dan mengiktiraf kerjasama yang telah BERNAMA berikan kepada PSN sehingga hari ini.

"Insya-Allah, kita akan terus memberi ruang dan peluang kepada PSN untuk berkongsi apa juga program dan aktiviti yang boleh memanfaatkan masyarakat secara keseluruhannya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Jelajah Pameran Dunia Galaksi Ke Terengganu

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia