web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OOTD Di Victoria Bridge

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 8:32PM

Laluan masuk ke Victoria Bridge atau Jambatan Victoria. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Victoria Bridge atau Jambatan Victoria di Enggor, Kuala Kangsar, Perak sememangnya bukan asing lagi terutama dalam kalangan anak muda.

Ramai yang sanggup memandu beratus kilometer semata-mata mahu merakamkan gambar kenangan di atas landasan kereta api lama yang penuh bersejarah ini.

Pandangan sisi Victoria Bridge. - gambar BERNAMA
Pandangan sisi Victoria Bridge. - gambar BERNAMA

Malah, keunikan reka bentuknya menjadikan jambatan berkenaan sebagai antara lokasi OOTD untuk dikongsi melalui Instagram atau TikTok.

Menyingkap sejarah jambatan kereta api ini, ia dibina bermula pada Disember 1897 hingga Mac 1900, menyeberangi Sungai Perak untuk kegunaan pelombongan timah.

Laluan trek tunggal itu adalah jambatan kereta api tertua di negara ini dan digunakan sehingga 2002 apabila satu lagi jambatan kereta api siap dibina dan beroperasi bagi menggantikan fungsinya.

Jambatan ini dirasmikan pada 21 Mac 1900 oleh Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah.

Kini, Jambatan Victoria menjadi laluan pejalan kaki dan motosikal antara kedua-dua kawasan di tebing Sungai Perak, selain tumpuan pelancong untuk merakamkan seni binanya sebagai kenangan. – Getaran, 10 Disember 2023

Kredit Foto: BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia