web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karnival D'Bendang Jadi Platform Promosi Agro-Pelancongan Di Sungai Rambai

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 3:43PM

Peserta pertandingan Ratu Bendang memperagakan pakaian masing-masing sempena Karnival DíBendang Melaka di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Acara Karnival D'Bendang berpotensi dianjurkan secara tahunan sebagai platform mempromosi agro-pelancongan di Sungai Rambai di sini, terutama sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, ini memandangkan lokasi dan tarikan yang ada kawasan itu, sangat cantik dan berpotensi untuk menarik pelancong mengalami suasana kampung dalam kawasan sawah padi, yang lazimnya terdapat di Kedah, Perlis atau Kuala Selangor, Selangor.

“Lebih menarik kita mendapat kerjasasama dengan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, untuk sama-sama mempromosikan dan menjadikan Karnival D'Bendang sebagai acara tahunan,” katanya ketika di temui di karnival tersebut di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai, semalam.

Kanak-kanak melihat arca jerami yang terdapat pada Karnival DíBendang Melaka di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai. gambar BERNAMA
Kanak-kanak melihat arca jerami yang terdapat pada Karnival DíBendang Melaka di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai. gambar BERNAMA

Siti Faizah berkata, bagi acara yang julung kalinya diadakan itu, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada lebih 50 agensi dan kementerian, serta 60 usahawan dan pengusaha dalam bidang agro bagi menjayakan karnival yang disasarkan menarik hampir 8,000 pengunjung, sepanjang tiga hari penganjurannya yang bermula kelmarin.

Beliau berkata, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan termasuklah pameran arca jerami, pertandingan Ratu Bendang, pertandingan memancing Raja Puyu, Gusti Lengan, saringan kesihatan, pameran dari agensi seperti Perkeso, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan serta program Jualan Rahmah.

“Arca jerami, kita mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, apabila 65 pelajar Fakulti Seni Halus turun padang selama enam hari untuk bersama-sama pesawah di sini, membina lebih 10 arca jerami daripada hampir 50 tan jerami yang memaparkan replika simbolik dengan agro seperti kerbau, orang-orangan, terowong dan penyu,” katanya.

Peserta melepaskan layang-layang gergasi pelbagai bentuk dan warna sempena Karnival DíBendang Melaka di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai. gambar BERNAMA
Peserta melepaskan layang-layang gergasi pelbagai bentuk dan warna sempena Karnival DíBendang Melaka di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai. gambar BERNAMA

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan berkata, kerjasama yang dijalinkan bersama Fakulti Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun lalu dalam bidang kajian pembiakan benih hasil ternakan laut, bakal membuka peluang menjadikan Sungai Rambai sebagai pengedar dan pengeluar terbesar negara bagi produk tersebut.

“Kita juga ada memohon geran dan Alhamdulilah kita telah memperolehinya untuk fasa pertama dan esok kita akan adakan penyerahan sampel benih ketam yang bernilai RM200,000.

“Selain menyasarkan sebagai pengeluar benih hasil ternakan laut terbesar, kita juga mahu golongan anak muda B40 terlibat dalam projek ini, kerana mahu memberi mereka peluang memperoleh kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), berkaitan bidang pertanian,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia