web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pempengaruh Sosial Media, Jay Palfrey Seronok Nikmati Juadah Malaysia

Sempat singgah ke Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru dan mencuba nasi lemak rendang ayam

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 4:56PM

Jay Palfrey cuba menebar roti canai di sebuah gerai yang dikunjungi - gambar YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pempengaruh media sosial, Jay Palfrey yang mempunyai 1.5 juta pengikut di YouTube dan lebih 90,000 di aplikasi TikTok akhirnya tiba di Malaysia. 

Jejaka berusia 27 tahun dan seorang mualaf ini terkenal dengan video-video pengembaraan dan kehadirannya ke Malaysia semestinya dinantikan oleh pengikutnya di sini. 

@getaranmy Baru dia tahu nasi lemak tu sedap. Belum try nasi kerabu, nasi dagamg, nasi minyak kita lagi! #GetaranMY #TERKINI #Semasa #fyp @Jay Palfrey ♬ original sound - Getaran

Menerusi satu perkongsian di YouTube, Jay meluahkan rasa gembira dan teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke negara ini. 

“Selamat datang ke Malaysia. Selamat pagi Kuala Lumpur. Alhamdullilah, akhirnya saya berjaya ke Malaysia buat pertama kali.

“Ini perjalanan pertama saya. Saya sangat gembira, terharu dan teruja untuk berada di sini,” sapa Jay pada permulaan video.

Beliau kemudian membawa penonton untuk sama-sama mengembara ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur, termasuk singgah ke Masjid Negara untuk menunaikan solat.

Malah, penonton turut teruja dan seronok melihat Jay menerangkan satu demi satu fakta dengan jelas. 

Paling menarik apabila Jay turut mencuba pelbagai jenis hidangan popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama reaksinya ketika beliau mencuba nasi lemak rendang ayam di Nasi Lemak Wanjo. Bukan sekali, tetapi beberapa dia berkata “wow” kerana terpikat dengan rasa nasi lemak yang ada di restoran itu.

“Rasanya mewah, ayamnya lembut dan ia adalah fenomena,” kongsinya yang juga berpendapat kepedasan sambal nasi lemak hanya boleh dirasai selepas beberapa suapan.

Tidak ketinggalan, Jay juga turut singgah di gerai tepi jalan yang menjual Ramly Burger.  Ternyata beliau benar-benar tahu hidangan ‘lejen’ mana yang harus dicuba.

Saksikan sendiri pengembaraan Jay di Kuala Lumpur dengan mengikuti pautan yang disertakan di atas. – Getaran, 19 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kenapa Relaks Sangat Tu Bro...

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia