Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kembara Kenali Borneo Momen Bersejarah Rakyat Sabah

Jelajah Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 9:40AM

Pemandangan keindahan Pekan Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke negeri ini akan menjadi momen bersejarah buat rakyat Sabah, sekali gus memberi peluang keemasan bertemu sendiri dengan pasangan diraja itu.

Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak pada program yang bermula 3 hingga 13 Sept ini.

Presiden Persatuan Suku Kaum Banjar Tawau Badrianshah Mohd Hamdi berkata beliau terharu dengan kesudian Al-Sultan Abdullah yang bertitah sebelum ini mahu memandu sendiri menyusuri Lebuhraya Pan Borneo.

“Seri Paduka amat memahami kepentingan Lebuhraya Pan Borneo untuk rakyat di Sabah dan Sarawak yang mana ini penting kerana lebuh raya itu boleh menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi sesuatu kawasan terutama di pedalaman,” katanya kepada Bernama.

Badrianshah, 67, berkata Kembara Kenali Borneo juga membolehkan Seri Paduka berdua melihat sendiri perkembangan pembinaan lebuh raya itu di Sabah yang mana Fasa 1 projek itu melibatkan 15 pakej, kini pada tahap 82 peratus dan dijangka siap Januari tahun depan.

Papan iklan mengalu-alukan ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipasang di jalan menuju ke Pekan Kundasang sempena jelajah Kembara Kenali Borneo esok - gambar BERNAMA
Papan iklan mengalu-alukan ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipasang di jalan menuju ke Pekan Kundasang sempena jelajah Kembara Kenali Borneo esok - gambar BERNAMA

Kembara tersebut akan bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, Sarawak melibatkan jarak perjalanan lebih 2,100 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Ketua Kampung Lokub, Kiulu, Unus Limun berkata Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menjadi tumpuan rakyat di negeri ini yang tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama pasangan diraja itu.

Selain itu, Unus, 59, berkata keberangkatan Seri Paduka berdua ke Sabah akan membantu mempromosi negeri ini apabila gambar, video serta berita Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disiarkan media serta menjadi tatapan seluruh dunia, sekali gus mampu memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di Sabah.

“Sektor pelancongan merupakan antara yang kita boleh nampak dapat manfaat menerusi keberangkatan Seri Paduka berdua apabila pelancong tempatan dan asing melihat sendiri di media Seri Paduka berdua melawat tempat menarik, mencuba makanan tradisi dan melihat keindahan semula jadi Sabah ini,” katanya.

Pembuat kraf manik Elaine Rupyin, 49, juga berharap pada lawatan Tunku Azizah di pusat kraftangan akan mampu meningkatkan minat orang ramai terhadap kraftangan Sabah seperti seni manik daripada etnik Rungus.

Pemandangan indah Pekan Kundasang - gambar BERNAMA
Pemandangan indah Pekan Kundasang - gambar BERNAMA

“Di media sosial sendiri kita tengok ramai anak muda kita tertarik dengan gaya dibawa Tunku Azizah yang mengenakan sendiri produk kraftangan tempatan seperti Tenun Pahang Diraja, saya amat berharap Raja Permaisuri Agong dapat mengenakan kraf kita seperti Manik Pinakol (selempang dan rantai manik),” katanya.

Beliau yang berasal dari Kampung Mangkapon, Pitas juga merancang untuk bertemu sendiri Seri Paduka berdua yang dijadual berangkat ke Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Penampang pada 7 Sept ini, antara lain untuk meninjau rumah tradisi serta melihat kraftangan rakyat Sabah.

Ketua Daerah Kecil Kiulu, Tuaran, Kumin Gabpai, 72, berkata Kembara Kenali Borneo juga membolehkan Al-Sultan Abdullah melihat pembangunan di Sabah selain beramah mesra dengan penduduk di sini.

Malim Gunung, Nazrul Rizam Abidin, 39, turut teruja apabila Seri Paduka berdua dijadual meninjau sistem tradisional Tagal di Sungai Moroli, Ranau, susulan sistem itu merupakan model penting dalam menjaga alam sekitar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau berkata Tagal merupakan sistem tradisi melibatkan penduduk kampung menjaga ikan air tawar di sungai dengan tidak mengambilnya dan penduduk turut memantau kualiti air di sungai.

Sesiapa didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan oleh penduduk kampung, katanya.

“Diharap dengan keberangkatan Seri Paduka berdua model sistem Tagal ini dapat dikembangkan dan diberi perhatian lebih, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh negara,” kata anak jati Mesilau, Ranau itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Semasa 1 minggu yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara