web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bercuti Bagaikan Puteri di Resort Pilihan Selebriti dan VIP

Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke lima September lalu, Ritz-Carlton, Langkawi menawarkan pakej staycation edisi terhad yang menjanjikan ‘Anniversary Gold Bar’ dan layanan istimewa sehingga 24 jam.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 7:21PM

Ritz-Carlton, Spa - Gambar Ritz-Carlton, Langkawi & Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menginjak ke penghujung tahun, ramai yang sudah mula mengintai-intai destinasi percutian yang menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit asalkan detik-detik manis percutian yang dinikmati kekal dalam ingatan.

Jika dambakan percutian bagaikan puteri, apa kata anda habiskan masa di Ritz-Carlton, Langkawi. Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke lima September lalu, resort ini menawarkan pakej staycation edisi terhad yang merupakan ‘highlight’ kepada acara istimewa ini. 

Ritz-Carlton, Villa Mutiara - Gambar Ritz-Carlton, Langkawi & Rahayu MN
Ritz-Carlton, Villa Mutiara - Gambar Ritz-Carlton, Langkawi & Rahayu MN

Pakej ini memberi peluang untuk tetamu bermalam di Villa Mutiara yang menjadi pilihan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sekeluarga baru-baru ini. Mempunyai tiga bilik tidur mewah yang lengkap dengan kolam renang peribadi, serta akses terus ke pantai persendirian. 

Jadi bayangkan bagaimana anda boleh menikmati sebuah percutian yang cukup eksklusif tanpa gangguan sesiapa? Hanya ada insan tersayang, dan teman-teman yang turut serta. Pakej tiga hari, dua malam ini terpakai untuk enam orang. 

Benar, harganya bukan murah dan mungkin ada yang menganggapnya tidak berbaloi memandangkan lokasinya hanya di Malaysia. Lebih baik terbang ke Eropah bukan? Sebelum buat sebarang kesimpulan, anda perlu tahu apa yang menanti apabila menempah pakej staycation ini. 

Pertama, anda akan membawa membawa pulang  satu (1) edisi terhad  ‘Anniversary Gold Bar’ yang direka khas untuk The Ritz-Carlton, Langkawi oleh tukang emas yang memenangi anugerah, Habib Jewels. 

Gambar ihsan Ritz-Carlton, Langkawi & Rahayu MN
Gambar ihsan Ritz-Carlton, Langkawi & Rahayu MN

Kedua, kesemua enam tetamu akan dijemput dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan kereta Rolls-Royce, daftar masuk peribadi dan akan dihidangkan dengan minuman istimewa serta diraikan dengan sambutan unik semasa ketibaan.

Ketiga, keenam-enam tetamu juga akan menikmati pengalaman kulinari yang memikat selera dengan menu lima hidangan yang disediakan sendiri oleh Chef Eksekutif, Mattia Salussoglia. Malah, terdapat juga satu sesi makan malam kejutan ‘Green Egg Experience’ yang akan diadakan di dalam vila.

Keempat dan seterusnya, keenam-enam tetamu boleh memanjakan diri dengan satu sesi urutan relaksasi di spa selama 60 minit, satu trip berkayak untuk melihat matahari terbit atau mendayung dengan paddle board di perairan Laut Andaman, dan tidak ketinggalan ialah perkhidmatan butler 24 jam serta setiap tetamu diberikan tuala mandi bersulam peribadi dan jubah mandi yang akan boleh dibawa pulang.

Jadi cuba anda hitung dengan harga kira-kira RM9200 (setelah dibahagikan dengan enam orang) seorang, berbaloi atau tidak? Anda bebas berlarian di pantai tanpa kehadiran mereka yang tidak dikenali, boleh berendam di kolam renang tidak kira waktu dan yang pasti boleh mengeratkan hubungan dengan teman-teman percutian yang semestinya dekat di hati. 

Tepuk dada tanya selera. Jika mampu dan sesuai dengan bajet anda, mengapa tidak? Tak perlu bayar tiket penerbangan yang mahal ke luar negara, sebaliknya bercuti di destinasi tempatan, pilihan pelancong dari luar negara.

Gambar ihsan Ritz-Carlton, Langkawi & Rahayu MN
Gambar ihsan Ritz-Carlton, Langkawi & Rahayu MN

Pakej staycation ini boleh ditempah sehingga 31 Oktober 2022 ini dan tempoh penginapan pula sah sehingga 30 April 2023. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke www.ritzcarlton.com/langkawi.  - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN