web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kafe Hipster Tidak Lenyapkan Kedai Kopi Dan Roti Antik Di Kuala Kangsar

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 12:10PM

Restoran Double Lion masih kekal utuh walaupun sudah berusia 80 tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Sebuah kedai kopi dan roti antik berusia lebih 80 tahun masih kekal utuh di sini walaupun dihujani kedai ‘hipster’ yang tumbuh bak cendawan selain menjadi tumpuan generasi muda ketika ini.

Bertapak di pekan Bandar Diraja, kedai ini tetap menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara atas kesegaran rotinya yang diadun sendiri dan keenakan kopi yang ‘kaw’ selain kaya dengan seni bina lama yang masih kekal cantik sehingga kini.

Pengurus restoran tersebut (Restoran Double Lion) Leong Tean Chia, 60, berkata kedai itu masih utuh kerana dibina dengan bahan pembuatan yang berkualiti sewaktu zaman tersebut termasuklah pemilihan perabot yang tahan lama dan mudah untuk dijaga.

Pengurus Restoran Double Lion, Leong Tean Chia
Pengurus Restoran Double Lion, Leong Tean Chia

“Kini, kita boleh lihat terlalu banyak kafe-kafe hipster yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan berkonsepkan retro, urban dan sebagainya, semakin menjadi tarikan golongan muda.

“Di kedai kami, antara tarikannya adalah kewujudan perabot bercirikan hiasan klasik yang memerlukan pemuliharaan agar tidak musnah lebih-lebih lagi jika reput akibat anai-anai dan turut disajikan lagu-lagu lama klasik,” katanya kepada Bernama.

Menurut Tean Chia paling istimewa, kedai yang diuruskan oleh tiga generasi itu masih relevan hingga ke hari ini disebabkan kualiti pembuatan roti yang dijaga dari dulu hingga kini mengikut resipi turun-temurun.

“Dalam pembikinan roti, kami akan mengadunnya sendiri dan mempunyai resipi khas yang diwarisi dari zaman atok lagi.

“Kami akan sentiasa menjaga kesegaran dan kualiti roti di kedai kami agar pengunjung yang hadir akan berpuas hati dengan makanan di sini. Antara menu yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai adalah roti ban bakar dan roti ban kukus yang akan disapukan marjerin dan kaya,” tambahnya.

Beliau percaya kesemua itu antara faktor kedainya masih relevan dan meniti di bibir pengunjung daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan istana, orang kenamaan selain masyarakat setempat.

“Antara yang hadir ke sini adalah kerabat Sultan pada zaman 80-an termasuk juga golongan elit dan orang kenamaan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar. Tidak terkecuali kehadiran tentera Australia dan British sebelum perang dunia kedua.

“Zaman dahulu, sesebuah majlis kebiasaannya akan disambut di kedai makan jadi kedai ini sentiasa menjadi tempat keramaian bagi menyambut majlis seperti perkahwinan atau hari lahir,” katanya.

Pembantu kedai Ah Ling, 55, berkata dia amat seronok bekerja di kedai tersebut walaupun khidmatnya belum mencecah lima tahun.

Ah Ling, 55, menyediakan roti ban bakar yang disapukan dengan marjerin dan kaya untuk pelanggan Restoran Double Lion, Kuala Kangar ketika ditemui baru-baru ini. - Gambar Bernama
Ah Ling, 55, menyediakan roti ban bakar yang disapukan dengan marjerin dan kaya untuk pelanggan Restoran Double Lion, Kuala Kangar ketika ditemui baru-baru ini. - Gambar Bernama

“Saya seronok bekerja di sini, bos (pengurus) pun baik, selalu beri makan dan minum dan kerja juga tidak lah begitu berat memandangkan saya juga telah berusia.

“Pelanggan juga sangat mesra. Semuanya baik-baik sahaja di sini,” kata wanita itu.

Kedai kopi ini telah tular dengan lebih 1,000 perkongsian di aplikasi akaun Tiktok @iamnazirul sehingga mencetus momen nostalgia oleh pengguna aplikasi tersebut yang berkongsikan kisah zaman kecil mereka. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Ditetak Dalam Kedai Kopi Di Kulim

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini