web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelancongan Sejarah: KAPMAN Bakal Jadi Destinasi Pelancongan Wajib Di Ibu Negara

Percutian ke Kuala Lumpur tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke memorial-memorial sejarah tokoh negarawan di kawasan Kompleks Arkib Perdana Menteri dan Arkib Negarawan (KAPMAN), Jalan Dato Onn.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 2:10PM

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Jaafar Sidek Abdul Rahman bergambar di sekitar ruang pameran dan gambar arkib negara - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Percutian ke bandar raya ini selain dapat 'mencuci' mata dengan bangunan pencakar langit, pastinya tidak lengkap jika tidak mengetahui dan menyusuri keunikan serta kegemilangan warisan sejarah Malaysia termasuklah tokoh-tokoh negarawan. 

Bila disebut mengenai negawaran, tempat yang paling sesuai dikunjungi adalah di Memorial Negarawan, Memorial Tun Hussein Onn, Memorial Tunku Abdul Rahman dan Bangunan Residensi (Rumah Rasmi Perdana Menteri Pertama) yang terletak di kawasan Kompleks Arkib Perdana Menteri dan Arkib Negarawan (KAPMAN), secara percuma, di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Menjelajah dari satu ruang ke satu ruang di setiap memorial itu, pengunjung bukan sahaja dapat merasai aura kepimpinan tokoh dalam menuntut kemerdekaan dan pembangunan negara sebaliknya turut berpeluang melihat koleksi peribadi pemimpin berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Arkib Negara (ANM) Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata pihaknya merancang untuk menjadikan kawasan KAPMAN sebagai destinasi pelancongan wajib di ibu negara dengan menawarkan pengalaman pelancongan berasaskan sejarah dan pendidikan.

"Selain membantu menambahkan pengetahuan dan pengalaman, kunjungan ke tempat ini juga boleh memupuk semangat patriotisme dalam diri pelawat dengan menghargai jasa pemimpin yang telah menabur bakti kepada negara," katanya kepada Bernama.

Justeru, katanya, ANM akan bekerjasama dengan perkhidmatan bas 'KL Hop-On Hop-Off City Tour' bagi menjadikan KAPMAN sebagai sebahagian dalam pakej pelancongan negara sebagai satu destinasi wajib singgah untuk pelancong dalam dan luar negara.

"Kerjasama ini akan membantu meningkatkan jumlah pelawat dari dalam dan luar negara berikutan ketersediaan untuk sampai ke lokasi tersebut," katanya.

Selain itu, Jaafar Sidek berkata ANM turut menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan meletakkan pautan Galeri Maya Eksplorasi Negarawan dalam Pelantar Pembelajaran KPM iaitu Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa KPM) bermula bulan ini.

"Pautan ini sebagai produk pelancongan pendidikan dan memasyarakatkan Arkib Memorial serta sejarah tokoh negarawan kepada semua guru dan murid sekolah di bawah KPM yang berjumlah 5.3 juta orang.

"Buat masa ini, jumlah pelawat maya yang mengunjungi Galeri Maya Eksplorasi Negarawan berjumlah 7,795 sejak dilancarkan pada 10 Nov 2021 hingga Julai lepas," katanya yang berharap untuk melihat semua memorial sedia ada dibanjiri dengan pelawat setiap hari dalam mendapatkan pengetahuan dan kefahaman sejarah tokoh negarawan dan negara.

Bercerita lanjut mengenai Memorial Negarawan, Jaafar Sidek berkata bangunan tiga tingkat itu mengabdikan tujuh tokoh yang telah berusaha menuntut kemerdekaan tanah air, membantu pembentukan Malaysia pada 1963 dan memacu pembangunan negara.

Tokoh-tokoh tersebut ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Datu Mustapha Datu Harun, Tun Mohd Fuad Stephens, Tun Temenggung Jugah anak Barieng dan Tun Dr Lim Chong Eu.

Jaafar Sidek berkata Memorial Negarawan yang dibuka pada September 2017 adalah bangunan asal Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan pameran koleksi memorabilia tujuh tokoh dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak itu diterima antaranya daripada ahli keluarga, sahabat karib serta yayasan berkaitan. 

"Pejabat perdana menteri, pejabat timbalan perdana menteri dan bilik mesyuarat Kabinet dikekalkan sebagai pameran utama di Memorial Negarawan kepada pengunjung dan penyelidik dalam membuat rujukan," katanya.

Jaafar Sidek berkata memorial itu diwujudkan bagi mengenang jasa dan sumbangan tujuh tokoh ini dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan penubuhan Malaysia selain terlibat dalam penggubalan dasar serta pembangunan negara.

"Ini selaras dengan Seksyen 40, Akta Arkib Negara 2003 berkaitan penubuhan Arkib Menteri dan Arkib Memorial. ANM bertanggungjawab menyimpan, memelihara dan memulihara warisan khazanah negara selain menyediakan kemudahan penyelidikan berkaitan tokoh-tokoh negarawan," katanya. - Bernama

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pokok Getah Tertua Di Malaysia Bernilai Hampir RM200,000 Perlu Jagaan Rapi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia