web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Masuk Tiket Muzium Budaya Borneo Mulai 1 Ogos

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 10:04AM

Gambar ihsan Muzium Budaya Borneo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Muzium Budaya Borneo (BCM) akan mengenakan harga tiket masuk harian bermula dari harga RM5 sehingga RM20 bagi pengunjung warganegara mulai 1 Ogos ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata bayaran penggunaan fasiliti seperti auditorium dan bilik serba guna akan turut dikenakan dan cadangan untuk bayaran berkenaan adalah bagi menampung sebahagian daripada kos penyelenggaraan muzium itu. 

“Untuk orang kurang upaya (OKU) tiket adalah percuma dan pengunjung OKU (berdokumen) dari luar negara juga percuma. Percuma juga buat pengunjung warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke bawah. 

“Sebanyak RM20 dikenakan bagi warganegara Malaysia bukan dari Sarawak dan RM10 dikenakan bagi dewasa berumur 18 hingga 60 tahun yang berasal dari Sarawak dan bukan warganegara pula RM50. Tiket pengunjung berusia 13 hingga 17 tahun dan mereka yang memiliki kad pelajar dari mana-mana institusi pengajian ialah RM5 bagi warganegara dan RM25 bagi bukan warganegara,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di BCM di sini, hari ini.

Antara bahan pameran di Muzium Budaya Borneo. - Gambar ihsan Muzium Budaya Borneo
Antara bahan pameran di Muzium Budaya Borneo. - Gambar ihsan Muzium Budaya Borneo

Abdul Karim berkata kategori berkumpulan seramai 10 orang ke atas atau kadar korporat berdaftar pula, bayaran bermula dari harga RM8 seorang, manakala tiket bagi lawatan tanpa had tahunan pula berharga RM100 bagi semua pengunjung.

Katanya harga tiket bagi warga emas berumur 61 tahun ke atas adalah RM5 bagi warga Sarawak, RM20 (bukan warga Sarawak) dan RM25 (antarabangsa).

Menurutnya kadar bayaran penggunaan fasiliti BCM adalah bermula dari RM100 untuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, manakala RM200 bagi korporat.

Dalam pada itu, beliau berkata muzium ikonik serba baharu yang mula dibuka 9 Mac lepas menarik seramai 350,000 pengunjung tempatan dan luar setakat bulan ini, dengan anggaran 1,500 pengunjung sehari.

Abdul Karim turut memaklumkan sebuah muzium baharu di Limbang yang terletak di utara Sarawak bakal dirasmikan 4 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Angkat Budaya Sabah, Sarawak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jurang Pendidikan Di Borneo Akan Terus Dirapatkan, Fokus Pada Sekolah Daif - Fadhlina

4

TARA 2 tahun yang lalu

Tapak Arkeologi Gordion Sertai Senarai Warisan Dunia UNESCO

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini