web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muzium Bomba Malaysia RM3.5 Juta Akan Dibangunkan Di Melaka

Muzium berkenaan akan dibangunkan dalam kawasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 5:00PM

Abu Bakar Katain (tengah) bersama Mohd Norfarhan Azmi (kanan) dan Mohd Noor Mohd Sheh antara atlet terpilih mewakili JBPM di temasya 'World Police and Fire Games 2022' (WPFG 2022) pada Perhimpunan Dwi Tahunan 2022 JBPM Melaka hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muzium Bomba Malaysia yang mempamerkan artifak, peralatan dan jentera lama digunakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dibina di Jalan Kubu di sini, melibatkan peruntukan berjumlah RM3.5 juta.

Pengarah JBPM Melaka Abu Bakar Katain berkata muzium berkenaan akan dibangunkan dalam kawasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata pembinaan muzium itu diletakkan di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), dan setakat ini ia di peringkat tender untuk pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian di balai bomba berkenaan.

Antara destinasi pelancongan popular di Melaka. - Gambar fail
Antara destinasi pelancongan popular di Melaka. - Gambar fail

"Semua artifak, peralatan dan jentera lama yang digunakan bomba yang berada di galeri dan pusat latihan bomba serata negeri akan dikumpulkan untuk dipamerkan di muzium itu nanti," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Dwi Tahunan 2022 JBPM Melaka di sini hari ini.

Menurutnya selain dijadikan pusat pameran, Muzium Bomba Malaysia juga akan berfungsi sebagai pusat pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang ilmu kebombaan dan keselamatan awam.

Sementara itu Abu Bakar berkata tiga pegawai termasuk beliau sendiri telah terpilih mewakili jabatan itu di temasya ‘World Police and Fire Games 2022’ (WPFG 2022) di Rotterdam, Belanda yang akan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN