Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Resort Mewah Terbaharu di Uluwatu, Bali

Setelah ‘mati’ seketika gara-gara pandemik COVID-19, kini pulau dewata ini bernafas kembali apabila ia mula menerima kunjungan pengembara yang sudah tidak tertahan rindunya untuk bercuti di sini.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 11:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bali, destinasi romantik yang sentiasa menggamit kehadiran pelancong di seluruh dunia. Setelah ‘mati’ seketika gara-gara pandemik COVID-19, kini pulau dewata itu bernafas kembali apabila ia mula menerima kunjungan pengembara yang sudah tidak tertahan rindunya untuk bercuti di sini.

Selalunya apabila berbicara tentang Bali, ramai yang lebih terarah untuk mengintai penginapan yang ada di pantai-pantai popular seperti Kuta, Seminyak, Sanur, Nusa Dua dan Ubud. Jarang sekali yang cuba mencari penginapan yang sebelah Selatan Bali. Padahal Uluwatu, Jimbaran dan Ungasan juga menjanjikan panorama terbaik yang jarang ditemui di bahagian lain Pulau Bali.

Tahukah anda selain terkenal dengan Pura Uluwatu yang mempersembahkan tarian kecak, ada banyak lagi tarikan yang menanti di kawasan Kuta Selatan. Pernah dengar tentang pantai Melasti, Ungasan? Pantai ini memang memang jarang disebut-sebut, terutamanya jika anda hanya membeli pakej daripada operator pelancongan. Ini kerana pantai ini sangat jarang dilawati oleh ‘orang luar’. 

Gambar Pantai Melasti oleh @alximinka
Gambar Pantai Melasti oleh @alximinka

Namun, ia popular di kalangan juruforo atau pengembara yang meminati seni fotografi. Di sinilah tempatnya untuk anda mengabadikan foto kenang-kenangan yang lain daripada yang lain. Dengan tebing tebing batu yang menjulang tinggi, foto-foto percutian anda pasti kelihatan hebat!

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi Pantai Padang-Padang dan Pantai Balangan jika anda gemarkan aktiviti meluncur air. Memang benar Pantai Kuta juga meriah dengan aktiviti ini, tetapi di pantai-pantai ini pengunjung tidak sesak, dan anda boleh berlatih atau bermain dengan selesa. 

Ada banyak surfing centre dan surf camp di sekitar sini, di mana anda boleh belajar secara teori di dalam kelas, dan terus mempraktikkan teknik yang dipelajari di laut lepas. Untuk yang baru ingi berjinak-jinak, singgahlah ke Pantai Balangan kerana ombak di sini masih ada yang ‘jinak’. Jadi bolehlah asah skil anda sehingga mampu menawan ombak setinggi 300 meter. 

Gambar Pantai Balangan oleh @pesona.indonesia
Gambar Pantai Balangan oleh @pesona.indonesia

Jika sudah sedia mencipta keseronokkan luar biasa di Bali, jom lihat pilihan penginapan yang menjanjikan sebuah percutian yang sukar dilupakan. Resort yang ingin Getaran cadangkan ini cukup sempurna untuk mereka yang mahukan percutian eksklusif dengan layanan ‘tip top’. Terutamanya jika anda pasangan muda yang baru mendirikan mahligai bahagia dan masih belum sempat untuk berbulan madu.

Jumeirah Group memperluaskan lagi portfolio antarabangsanya dengan debut tempat peranginan kontemporari yang pertama dan menakjubkan di Indonesia – Jumeirah Bali.

Terletak di wilayah Uluwatu yang indah di Bali, tempat peranginan ini menawarkan destinasi yang tiada tandingan bagi mereka yang ingin berhubung dan mencari keseimbangan dalaman sambil menikmati alam semula jadi yang menakjubkan di pulau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jumeirah Group, José Silva, berkata, "Bali amat terkenal dengan keindahan yang memukau dan kekayaan warisan budaya yang membezakannya dari pulau-pulau lain di seluruh dunia. Jumeirah Bali ialah konsep pertama seumpamanya yang menampilkan semangat daerah ini dengan layanan kami yang tiada tandingan, memberikan tetamu pengalaman yang benar-benar unik dan tidak dapat dilupakan untuk berhubung semula dengan alam semula jadi." 

Tempat peranginan ini menawarkan 123 buah vila dengan susunan satu dan dua bilik tidur, serta Royal Water Palace (Istana Air Diraja) dengan empat bilik tidur, kesemuanya menampilkan pemandangan Lautan Hindi dan keindahan semula jadi yang subur menghijau di Bali. Setiap vila mempunyai sebuah kolam renang peribadi dan ruang tamu di luar dengan pavilion terbuka. Tempat peranginan ini juga menyediakan akses eksklusif untuk tetamu bertandang ke pantai persendirian.

Direka bentuk untuk mewujudkan keharmonian antara seni bina, hiasan dalaman dan landskap, Jumeirah Bali menggabungkan bahan binaan asli dengan keselesaan yang bersifat kontemporari dan mewah untuk membawa tetamu ke syurga Bali yang asli.

Untuk menjamu selera, tetamu boleh menikmati sajian di tiga buah restoran dan bar istimewa yang diselia oleh Master Chef Vincent Leroux. Dijadualkan dibuka pada Jun hadapan, AKASA Gastro Grill menawarkan pengalaman kulinari yang unik, seleksi muzik yang menghidupkan suasana, serta menyediakan ruang bersantai yang sempurna.

Restoran SEGARAN yang dibuka sepanjang hari menawarkan sajian Bali dan Asia Tenggara yang lazat, manakala MAJA Sunset Pool Lounge pula merupakan tempat yang ideal di waktu malam untuk menikmati koktel sambil menghadap ke lautan luas.

Jumeirah Bali juga bakal menampilkan Talise Spa yang memenangi anugerah. Pada masa ini, tempat peranginan ini mempunyai dua buah bilik rawatan peribadi dengan pengalaman spa sepenuhnya yang akan mula beroperasi pada Julai hadapan. 

Spa ini merupakan satu-satunya tempat mandi air panas tradisional Turki yang ada di pulau ini. Selain itu, tetamu juga boleh menikmati kemudahan tambahan di spa ini termasuk sauna, mandi wap dan rawatan pancuran mandi Vichy.

Jika anda mencari ketenangan minda, sertailah kelas meditasi dan yoga yang dikendalikan oleh mereka yang profesional. Resort ini juga menawarkan kolam renang infiniti dan kelab kanak-kanak yang menakjubkan untuk keseronokan keluarga selama berjam-jam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jumeirah Bali, anda boleh layari www.jumeirahbali.com. 

Gambar: Jumeirah Bali / unsplash

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi