Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Penginapan Airbnb Menarik Untuk Meraikan Musim Perayaan

Sama ada destinasi pulau yang tenang ataupun rumah kampung tradisional, Airbnb menyenaraikan tujuh penginapan indah untuk sambutan Raya kali ini.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 9:00AM

Gambar Penginapan milik Airbnb

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemeriahan balik kampung sememangnya dirindui setiap kali Syawal menjelma. Sudah menjadi tradisi di kalangan warga kota untuk meraikan hari kebesaran umat Islam ini bersama sanak-saudara dan rakan-taulan yang jauh di mata. 

Tahun ini, rakyat Malaysia dilihat begitu teruja kerana sudah dua tahun tidak dapat meraikannya dengan sempurna. Memandangkan Syawal diraikan selama sebulan, pasti ramai di antara anda yang turut merancang percutian bersama keluarga besar. Ada banyak aktiviti yang boleh dinikmati di luar sana, anda hanya perlu buat perancangan supaya percutian idaman tidak mengundang kecewa. 

Sama ada destinasi pulau yang tenang dengan sentuhan seni bina Melayu ataupun rumah kampung tradisional yang penuh nostalgia, platfrom penginapan dalam talian, Airbnb menyenaraikan tujuh penginapan indah yang akan membuat sambutan Raya kali ini tidak akan dilupakan.

Destinasi percutian tepi laut

Jika anda sekeluarga pencinta lautan dan pantai, bayangkan diri anda bangun tidur di rumah kayu tradisional yang indah,dikelilingi oleh taman-taman yang menakjubkan, bayu laut dan kolam renang peribadi sambil meraikan insan tersayang. Alamanda Markisa Villa atau Sunset Valley – Farmers House yang terletak di Langkawi, merupakan penginapan yang sesuai untuk keluarga anda berkumpul.

Alamanda Markisa Villa
Alamanda Markisa Villa
 Sunset Valley- Farmers Hourse
 Sunset Valley- Farmers Hourse

Kedua-dua villa ini mempunyai pesona yang tidak mungkin mahu dilepaskan begitu sahaja. Dengan suasana kampung mendamaikan, pasti anda asyik terbuai dengan pemandangan yang menghijau. Jika mahu menikmati keindahan pantai dan laut, hanya pandu beberapa minit ke pantai yang berdekatan. Langkawi tidak mungkin sesekali mengecewakan. 

Rumah percutian mesra perjumpaan  

Rumah Lenggong di Perak dan Rimba Alor Orchard Villa di Melaka menawarkan penginapan yang cukup sempurna untuk mereka yang sudah terlalu lama merindui kampung halaman. Mungkin rumah peninggalan ibu dan bapa anda sudah tidak mampu bertahan kerana tidak terjaga. Jadi untuk berkumpul bersama adik-beradik yang ramai, bolehlah pertimbangkan kedua-dua penginapan ini. 

Rumah Lenggong
Rumah Lenggong
Rimba Alor
Rimba Alor

Pastikan perjumpaan yang lama ditunggu-tunggu ini meninggalkan kenangan yang tidak mungkin terpadam di ingatan. Terokai kawasan ini dan bawa seluruh keluarga untuk memetik buah-buahan, atau berehat bersama-sama di astaka luaran sambil mengenang hari-hari yang indah. Jangan lupa membawa pakaian raya untuk berfoto sedondon sebagai kenangan untuk di masa hadapan.

Percutian ‘evergreen’

Cameron Highland dan Janda Baik di Pahang merupakan dua lokasi percutian yang tidak pernah dilupakan di kalangan ‘kaki jalan’. Sebab itulah, jika mahu ke sini anda perlu buat tempahan awal. Jika tidak pasti melepas. 

Syawal ini, jika anda inginkan percutian yang lebih santai, cuba intai rumah kampung di Cameron Highland ini, atau mungkin dua villa moden yang bersembunyi di hijauan rimba Janda Baik. Kenanga Villa atau Rest. Pause. Rainforest Retreat dikelilingi udara nyaman dan pemandangan indah. Rancang dan nikmatilah jamuan raya hebat dikelilingi oleh keselesaan moden dan hiasan klasik. Jauh daripada hiruk-pikuk kota, anda boleh merapatkan silaturrahim sambil bersatu dengan syurga alam, sekaligus terapi diri!

Rumah Kampung di Cameron Highlands
Rumah Kampung di Cameron Highlands
Rainforest Retreat
Rainforest Retreat
Kenangan Villa
Kenangan Villa

Selamat bercuti bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai!

Apa anda perlu tahu ?

Mulai November 2021, semua hos Airbnb telah komited untuk melaksanakan amalan keselamatan dan pembersihan COVID-19 Airbnb – satu set standard kesihatan dan keselamatan mandatori yang dibangunkan ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan seterusnya.  

Airbnb juga telah melaksanakan ‘Alat Pengesahan Vaksinasi’, yang membolehkan tetamu mengesahkan secara sukarela bahawa mereka sedia untuk berkongsi status vaksinasi dengan hos mereka semasa daftar masuk.

Selain itu, semua Penginapan Airbnb di seluruh dunia dihadkan kepada maksimum 16 orang tetamu. Semua penginapan yang dicadangkan oleh platform ini adalah semata-mata bertujuan untuk memberi inspirasi dan gambaran. Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong penyenaraian penginapan tertentu di platform Airbnb. - Getaran, 5 Mei 2022.

*Semua gambar dari Airbnb

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi