web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


China Bina Bandar Hijau Pintar Bertaraf Antarabangsa

Sebahagian Laluan Sutera Xinhua, daerah Deqing mengamalkan konsep pembangunan lestari.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 9:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Deqing, sebuah daerah yang terletak di Bandar Huzhou, wilayah Zhejiang, China komited dengan konsep pembangunan hijau bagi membina sebuah daerah taman moden bertaraf antarabangsa.

Dengan landskap semula jadi yang indah, Deqing merupakan sebahagian daripada gugusan bandar di Delta Sungai Yangtze.

Daerah istimewa ini merancang industri pelancongan sebagai enjin pemula bagi memajukan cita-cita pembangunan hijaunya.

Ia direncana agar berkembang maju seiring dengan pemandangan semula jadi dan kekayaan budaya tempatan yang terdapat di Deqing.

Sebagai contoh, Moganshan International Tourist Resort sengaja dibangunkan di sekitar Gunung Mogan selaku salah satu daripada empat pusat peranginan musim panas yang terkenal di China. 

Pusat peranginan ini disenaraikan sebagai 45 lokasi wajib dikunjungi oleh New York Times serta memperolehi hasil berkaitan pelancongan sebanyak 2.2 bilion Yuan pada tahun 2021.

Tidak hanya memiliki ratusan bangunan, hotel dan rumah inap dengan senibina gaya Eropah, ia turut dibina selaras dengan piawaian antarabangsa. 

Selain dari Gunung Mogan dan Tasik Xiazhu, terdapat juga pemandangan pergunungan indah lain seperti Perkampungan Yucun dan bandar purba Xinshi. 

Di daerah Deqing ini pertanian pintar turut menyumbang kepada pelan pembangunan hijaunya dalam membentuk ke arah  sebuah daerah taman moden.

Sejak 2019, daerah ini telah menjadi tuan rumah untuk Beautiful China Pastoral Expo, satu platform awam untuk tujuan pertanian pintar dengan lebih 4000 tapak demonstrasi pertanian.

Daerah ini turut dianugerahkan sebagai ‘Daerah Termaju dalam Pertanian Moden’ selama tiga tahun berturut-turut.

Bagi menarik minat golongan muda, Deqing turut menawarkan percutian sukan lasak seperti Discovery Adventures Moganshan Park dan Deqing Mount Mogan Bamboo Sea Marathon.

Septembar ini, Deqing turut bersiap siaga bagi mempersembahkan sebuah daerah taman pintar dan moden bertaraf antarabangsa sempena Sukan Asia Hangzhou 2022. - Getaran, 21 April 2022

Gambar: Xinhua Silk Road

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Budaya 4 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN