web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pameran Rentas Budaya Iran-Malaysia Di Pavilion KL

'Eid In Harmony' mempamerkan budaya Malaysia dan Iran melalui hiasan perayaan, makanan, hadiah, aktiviti dan pengalaman membeli-belah.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 1:55PM

Gambar: Mutant PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kedutaan Iran di Kuala Lumpur dengan kerjasama Pavilion KL pada Jumaat melancarkan festival 'Eid In Harmony', bertujuan mempamerkan budaya, warisan dan tradisi kedua-dua negara Malaysia dan Iran.

Acara rentas budaya itu akan berlangsung sehingga 16 Mei di pusat beli-belah utama Malaysia itu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ia dianjurkan sejurus selepas sambutan perayaan Tahun Baru Parsi (Nowruz) termasuk di Iran dan turut diadakan di lokasi yang sama mulai 2-7 April.

Duta Besar Iran ke Malaysia Ali Asghar Mohammadi berkata kedua-dua negara berkongsi nilai Islam dan tradisi Asia yang sama, yang menjunjung rasa hormat terhadap keluarga dan masyarakat.

Beliau percaya bahawa diplomasi budaya yang aktif dan bermakna dengan memanfaatkan pertukaran idea, nilai dan tradisi, boleh meningkatkan pemahaman mengenai keindahan dan kepelbagaian budaya lain.

Majlis itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Saraya Arbi. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pavilion (Peruncitan) Datuk Joyce Yap.

'Eid In Harmony' mempamerkan budaya Malaysia dan Iran melalui hiasan perayaan, makanan, hadiah, aktiviti dan pengalaman membeli-belah.

Pavilion KL juga bekerjasama dengan MOTAC, Kraftangan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mempersembahkan kraftangan dan seni Malaysia yang menawan serta memperkenalkan seni ketukangan tempatan Malaysia pada festival itu.

Turut diadakan ialah demonstrasi secara langsung tenunan permaidani Parsi yang pertama di Malaysia, teknik pengilatan tembaga pada bengkel kraftangan tembaga, serta persembahan muzik dan tarian daripada kedua-dua budaya. - Bernama

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden