web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Padang Pasir Terbesar Timur Tengah!

Pameran Perburuan dan Ekuestrian Antarabangsa Abu Dhabi (ADIHEX) 2022 kembali lagi.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 11:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Abu Dhabi mengumumkan Pameran Perburuan dan Ekuestrian Antarabangsa Abu Dhabi (ADIHEX 2022) bakal berlangsung dari 26 September hingga 2 Oktober 2022.

Acara seni, alam dan warisan terbesar seumpamanya itu bukan hanya mempersembahkan budaya masyarakat Timur Tengah, malah turut memaparkan budaya masyarakat Afrika. 

Tahun lalu sahaja menyaksikan penyertaan sebanyak 680 buah syarikat dari 44 buah negara. Ia telah menarik lebih 105,000 pengunjung dari 120 buah negara pada tahun 2021.

Bukan sekadar untuk tujuan pameran burung, unta dan kuda kesayangan, para peserta yang menyertai juga boleh meluaskan rangkaian perniagaan, bertemu ejen dan rakan kongsi baharu.

Mereka turut boleh memeterai usaha sama, memasuki pasaran antarabangsa, berhubung dengan pakar, meningkatkan mutu jenama, melancarkan produk dan berdagang sesama peserta.

Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati kepelbagaian produk dan perkhidmatan berkaitan yang disediakan. Terdapat lebih 80 aktiviti dianjurkan sepanjang tempah pesta tersebut.

Terdapat juga 120 bengkel berserta kira-kira 90 penceramah dan 800 pakar bertauliah tentang burung dan kuda. Tidak lupa juga persatuan dan institusi perburuan lestari dari seluruh dunia.

Pengerusi ADIHEX merangkap Setiausaha Agung Emirates Falconers Club, Majid Ali Al Mansouri meluahkan rasa syukur atas sokongan padu yang diberikan kepada ADIHEX.

Sokongan-sokongan daripada golongan diraja, para Syeikh, usahawan dan pihak tempatan yang terlibat dalam mempromosikan pesta warisan ini ke seluruh dunia. 

Acara lelongan burung helang, kuda dan unta serta pertandingan burung helang dan saluki (anjing pemburu Arab) cantik merupakan antara acara paling popular.

Selain itu, aktiviti pendidikan, alam sekitar dan pertunjukan kuda warisan turut mewarnai pesta padang pasir terbesar Timur Tengah ini. Pelbagai aktiviti kekeluargaan turut diadakan. 

Kepelbagaian ADIHEX merangkumi seni kraf, safari, ilmu unggas, ekuestrian, perburuan, perkhemahan, memancing, alam sekitar, warisan, budaya, veterinar, sukan marin dan media. 

Layari ADIHEX untuk maklumat lanjut. - Getaran, 24 Mac 2022

Gambar: Pameran Perburuan dan Ekuestrian Antarabangsa Abu Dhabi

Berita Berkaitan

1

Jelajah 6 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 4 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN