web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agensi Pelancongan Pahang Digesa Hasilkan Lebih Banyak Pakej Sukan Luncur Ombak 

Usaha ini membantu melonjakkan Cherating sebagai lokasi popular pilihan ramai peluncur dari jauh dan dekat.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 5:44PM

Gambar hiasan, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agensi pelancongan di Pahang digesa menghasilkan lebih banyak pakej berkaitan sukan luncur ombak bagi menarik peminat aktiviti tersebut supaya menjadikan negeri itu sebagai destinasi pilihan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pakej itu juga membuka peluang lebih banyak lokasi luncur ombak untuk dikenali. 

"Sukan luncur ombak telah bertapak sejak 1990-an di Malaysia terutama di Cherating. Tourism Pahang telah melakukan pelbagai usaha untuk memajukan sukan ini dengan menganjurkan festival dan pertandingan sukan luncur ombak di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

"Usaha ini juga membantu melonjakkan Cherating sebagai lokasi popular kepada peluncur dari jauh dan dekat," katanya dalam ucapan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Festival Luncur Ombak Cherating 2022 baru-baru ini.  

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali. Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim. 

Mohd Sharkar berkata, sukan luncur ombak juga merupakan inisiatif bijak untuk membangunkan semula sektor pelancongan dan menjana ekonomi penduduk setempat di lokasi popular sukan itu selepas terkesan dengan pandemik COVID-19. 

Beliau berkata, ia merupakan acara pertama anjuran Kelab Luncur Ombak Cherating dan yang ketiga dalam kalendar pelancongan Pahang selepas pelancaran tema baharu iaitu This Is Pahang 2022 - Unlimited pada 17 Jan lepas. 

Acara yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu lalu menyaksikan penglibatan 126 peserta bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 menerusi enam kategori yang dipertanding antaranya papan luncur pendek lelaki dan wanita, papan luncur panjang lelaki dan wanita, papan luncur pendek bawah 16 tahun serta luncur badan. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden