web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taman Eko Burung Merak Kini Dibuka 

Taman Eko Burung Merak Perai mempamerkan kira-kira 200 unggas cantik itu untuk tontonan orang ramai.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 8:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Digelar burung tercantik di dunia, orang ramai kini berpeluang menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas.

Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D. Paranthaman berkata, projek tersebut bertujuan mewujudkan lokasi rekreasi percuma buat para pengunjung selain memberi pendedahan mengenai perbezaan burung merak.

“Dengan keluasan sekitar 0.3 hektar, Taman Eko Burung Merak mempamerkan burung merak albino, burung merak India, burung merak campuran Jawa dan Belgium serta burung merak Pied dan Black Shoulder dari Sepanyol di dalam sebuah sangkar berkeluasan 25 x 75 kaki persegi.

“Selain itu, orang ramai juga boleh beriadah di tepi sungai dan kolam bunga teratai yang dibina bersama sangkar ini. Semuanya percuma. Kita tidak akan mengenakan apa-apa bayaran supaya semua lapisan masyarakat boleh ke sini sambil beriadah dan menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, taman eko tersebut dibina di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pihaknya turut menerima bantuan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membina taman tersebut yang mencecah perbelanjaan sebanyak RM350,000.

Paranthaman tidak menolak hakikat bahawa beliau telah lama mengimpikan untuk membuka sebuah taman merak, malah beliau sendiri memiliki 200 ekor burung merak yang dirawat di dalam makmal di kediamannya bagi menjaga kesihatan haiwan spesies unggas itu.

Terdahulu pada 2011, Paranthaman telah menerima 10 burung merak yang dihadiahkan oleh bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan pertolongannya dalam menguruskan bencana tsunami di Aceh.

“Setelah tsunami membadai tanah Aceh pada 2004, saya dan pekerja telah menguruskan lebih 188,000 mayat mangsa tsunami di sana. Saya berada di sana selama lebih empat bulan untuk kerja-kerja tersebut. Bakti saya telah sampai ke pengetahuan bekas Presiden (Indonesia), jadi pada 2010, beliau hadiahkan burung merak kepada saya.

“Setelah itu, minat saya terhadap burung merak semakin mekar. Malah, pada 2013 saya sempat mengambil kursus tentang cara-cara pengendalian dan penjagaan burung merak di Bangalore Bird Sanctuary di India selama 10 bulan,” katanya yang pernah bekerja di Kalimantan, Indonesia selama 11 tahun dalam sektor kelapa sawit.

Tambahnya, beliau kini sering dipanggil oleh pihak swasta dan pusat peranginan sebagai konsultan penjagaan burung merak di seluruh Malaysia.

Dengan pendapatan tersebut, ia dapat menampung kos bulanan penjagaan 200 ekor burung merak itu yang kini mencecah sekitar RM2,800. 

Paranthaman juga memasang impian untuk menambah spesies burung merak di taman eko tersebut supaya generasi muda dapat melihat sendiri kepelbagaian burung merak yang wujud di seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN