web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ledakan Adrenalin Di Skytrek Langkawi

Dibina dalam hutan tertua di Malaysia, Skytrek menjanjikan pengalaman luar biasa buat pengunjung. Bukan sahaja ada pelbagai halangan mencabar, bahkan pengunjung pasti tertawan dengan pemandangan indah hijau alam.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 8:36AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali merancang percutian ke Langkawi, ramai yang lebih tertarik dengan aktiviti laut atau pantai untuk dimasukkan ke dalam ‘do to list while in Langkawi’. Tetapi jika anda suka dengan aktiviti mencabar dan lasak, apa kata panjangkan langkah ke Skytrex Langkawi yang terletak berhampiran Pantai Kok.

Pengembaraan anda di sini pasti berbaloi kerana ia adalah pusat aktiviti luar yang pertama di Malaysia melibatkan pergerakan pokok ‘sky-trekking’ di mana anda boleh terbang, melayari dan meluncur melalui pelbagai halangan udara yang digantung di atas hutan hujan tropika yang berusia ratusan tahun.

Apabila tubuh melayang di udara, nikmati ledakan adrenalin. Sesuai dengan taglinenya - 'climb up, scream out'.

Pengalaman yang dinikmati bukan kepalang. Inilah masanya untuk melepaskan segala yang terbuku di hati dengan menjerit sekuat-kuat hati. Lepaskan segala tekanan yang menghambat diri.

Setiap aktiviti memberikan tingkat cabaran berbeza serta unik yang sudah tentunya menguji keberanian, keazaman dan keyakinan diri. Hakikatnya bukan semua cabaran mampu ditawan oleh semua orang, dek itulah terdapat tiga pakej yang ditawarkan iaitu Little Legend (beginner), Eagle Trill (intermediate) dan Island Extreme (advanced).  

“Berbanding Skytrek Melaka dan Sungai Congkak, Skytrex Langkawi cukup istimewa kerana ia dibina dalam hutan tertua di Malaysia. Bahkan halangan fizikal yang ada di sini lebih sukar kerana kebanyakan halangan dipasang pada pokok yang berada di atas bukit.

“Satu lagi keistimewaan Skytrex Langkawi ialah ia berlatarbelakangkan hutan hujan semula jadi yang tebal dan julat Selat Andaman. Sudah semestinya pengunjung akan disajikan dengan pemandangan indah sambil mencuba halangan-halangan yang terdapat di atas pokok.

“Jangan lepaskan peluang mencuba satu halangan di Island Extreme yang dipanggil surf board. Tarikan atau halangan memberi ruang anda meluncur di atas pokok pada ketinggian 18m dari paras tanah.

“Halangan lain seperti X-bridge turut menguji tahap gayat dan kekuatan mental peserta,” ujar Pengurus Besar, Skytrex Langkawi Adventure Park Sdn Bhd, Jaslin Puasa kepada Getaran.

Dalam masa yang sama, Jaslin memberitahu pihaknya percaya setiap peserta akan jatuh hati dengan Skytrex Langkawi kerana selain dapat mencuba pelbagai jenis halangan yang tidak ada di tempat lain, peserta juga dapat mempelajari serba sedikit tentang hutan semula jadi.

Mengulas tentang keselamatan peserta sepanjang musim pandemik ini, Jaslin memberitahu pihak mematuhi semua S.O.P yang telah ditetapkan sebelum dibenarkan kembali beroperasi. 

“Tidak perlu risau kerana pihak kami sentiasa mengutamakan keselamatan peserta. Sebelum dibenarkan beroperasi semula, kakitangan kami telah mengikuti beberapa kursus pengendalian pelanggan.

“Malah mereka juga telah lengkap divaksinasi bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin,” tambah Jaslin.

Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda menguji tahap keberanian. Jika tidak pernah melakukan cabaran seperti ini, jangan cemas atau risau.

Ini kerana sebaik selesai pendaftaran, anda akan dipakaikan dengan peralatan keselamatan dan diberi taklimat lanjut tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Malah, anda juga akan diberi peluang untuk berlatih terlebih dahulu sehingga benar-benar bersedia. Jadi, beri perhatian sepenuhnya jika tidak mahu percutian anda bertukar tragedi!

Satu lagi tip yang ingin Getaran kongsikan ialah, belilah pakej Island Extreme untuk kepuasan maksimum. Pakej yang satu ini membolehkan anda mencuba kesemua 33 halangan dan 15 zipline yang ada.

Selain itu, jangan lupa bawa air minuman dan datang awal jika ingin menghabiskan semua halangan. Lebih-lebih lagi jika anda kurang stamina. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Skytrek Langkawi. - Getaran, 11 November 2021

Gambar: Skytrek Langkawi

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Okey Ke Tidak Tu Bro..

2

TARA 4 tahun yang lalu

Jom Serbu Tarikan Terbaharu Di Gua Kelam!

3

TARA 4 tahun yang lalu

Suasana Meriah Di Dash Resort Langkawi

4

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Bermotosikal Elektrik Keliling Putrajaya

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN