web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Serbu Tarikan Terbaharu Di Gua Kelam!

Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam bakal meletak Perlis di peta ‘rock-climbing’ dunia.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 9:51AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sukan lasak dan aktiviti-aktiviti luar sememangnya mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Pada 2021, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) menganggarkan terdapat lonjakan permintaan dalam sukan jenis ini di seluruh Malaysia.

Dengan peningkatan kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan masyarakat, sukan lasak kini menjadi semakin digemari.

Aktiviti-aktiviti lasak seperti rock-climbing, glamping, mendaki gunung dan sukan air menjadi pilihan ramai dan semakin popular.

Sehubungan itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menanam visi untuk meletakkan Perlis di peta rock-climbing dunia.

Bagi menjayakan visi tersebut, MyUS Venture Partners Sdn Bhd (MyUS Venture) dilantik bagi menubuhkan Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam. 

Lokasi ini dipilih kerana Gua Kelam sememangnya sesuai dan sudah terkenal dalam kalangan komuniti pendaki di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif MyUS Venture, Datuk Nellson Young berkata, “Dalam merancang kem ini, kami bekerjasama dengan Perlis Climbers yang sudah biasa dengan trek pendakian di Perlis. 

“Kami juga ingin mempromosikan alam semula jadi Perlis yang indah dengan lawatan-lawatan khas seperti aktiviti penerokaan gua, meredah hutan, canopy walks dan banyak lagi,” ujarnya.

Dengan keluasan tanah sebesar 23,094 kaki persegi, Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam mengandungi 40 bilik yang boleh memuatkan empat peserta dalam satu bilik.

Terdapat juga 10 kem premium ditawarkan. Kemudahan-kemudahan ini akan diuruskan dan dikendalikan oleh MyEco Discovery Sdn Bhd dari pejabatnya yang terletak di Kangar Jaya, Perlis.

Dan bukan menjadi satu rahsia lagi, Perlis memang terkenal kerana dilatari dengan pemandangan bukit batu kapur, sawah padi dan rumah-rumah tradisional Melayu yang indah. 

Negeri paling utara di Semenanjung Malaysia ini masih belum ‘tercemar’ dengan pembangunan dan kaya dengan landskap semula jadi yang sangat berpotensi besar untuk sektor pelancongan.

Pendaki tempatan, Alif Ahmad yang berpengalaman selama 15 tahun dalam sukan lasak ini gembira mendengar perkhabaran tentang pembukaan kem rock-climbing terbaharu ini.

“Sangat gembira melihat kemudahan seperti ini dibina untuk menyokong komuniti pendaki. Pastinya ia bakal menjadi nilai tambah yang besar untuk lokasi pendakian.

“Malaysia, khususnya Perlis sangat berpotensi menjadi hab rock-climbing bertaraf antarabangsa jika kemudahan dan prasarana dibina dengan lebih baik bagi menyokong sukan ini,” katanya.

Pada Expo Dubai 2020 lalu, MOTAC meraikan potensi ekopelancongan negara dengan menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Destinasi Ekopelancongan Pilihan Dunia’.

Boleh dikatakan, Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam menyokong misi pelancongan negara ini dengan mengutamakan amalan pelancongan yang mampan.

“Sejak sekian lama, sukan pendakian batu hanya dilakukan oleh kumpulan pendaki mahir. Namun, kem ini dibina untuk menjadikan sukan itu lebih mudah diakses oleh semua golongan.

“Dengan bakat dan peralatan yang betul, kem ini mempunyai tempat latihannya yang tersendiri untuk pendaki pemula dan profesional,” tambah Young.

Kem ini juga merangkumi Eco-Adventure Boutique Accommodation, sebuah hentian rehat untuk pendaki serta sebuah kafe istimewa yang terletak di dalam hutan.

Ia menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Majlis pecah tanahnya pula dirasmikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Alam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam dijadualkan beroperasi pada Disember 2022 untuk kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa. – Getaran, 5 Jun 2022

Gambar: MyUS Venture

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh